Rabu, September 09, 2009

Tip

Assalamualaikum
Hari ini hari kedua budak-budak prasekolah dicutikan. Aman sekejap rasa telinga sebab suasana sekolah agak tenang. Tekak saya pun taklah sakit untuk menegah mereka yang sering buat bising dan berlari keliling kelas. Kalau hari biasa... suara saya boleh didengar sehingga ke tingkat 3 bangunan sekolah. Haha... jadi bos tak payah nak observe saya mengajar sebab sound sistem suara saya ni memang dah di tahap loud speaker. Maklum anak bekas guru kawad Angkatan Tentera Malaysia.

Hari ini saya kena ganti guru di kelas 1 Hidayah. Ah... tak susah mana pun. Saya bawa bahan yang ada dalam simpanan saya untuk diberi kepada budak-budak tu. Bab jadi guru ganti ni bukanlah masalah besar. Nak ganti di kelas mana pun saya tak kisah.... nak ganti di kelas pelajar Sarjana Muda pun orait. Pendek kata... senjata dah siap dalam simpanan. Hehehe.... yang penting maklumkan awal-awal... jadi mudah saya nak buat kerja. Kalau dalam masa "on the spot" tu yang payah sikitlah... jawabnya saya akan ajar budak-budak tu menyanyi lagu kanak-kanak yang ada dalam PC di kepala saya ini sahajalah. Kalau ajar di peringkat tinggi lak... kena minta pelajar tanya saya apa yang mereka mahu... jadi saya boleh susun balik memori dalam PC saya untuk dimuntahkan keluar. Sebenarnya mengajar mereka yang lebih besar ni senang. No problem... sebab mereka lebih mudah faham apa yang ingin kita sampaikan.

Tapi kalau guru biasa disuruh mengajar di prasekolah... A LOT OF PROBLEM. Kenapa ya guru-guru biasa ni rasa ada masalah dengan kanak-kanak kecil ni? Sebabnya ialah mereka ni tak ada minat nak layan budak-budak. Tu je. Kalau kita ada minat layan budak-budak... tak susah mana pun. Ajak mereka berbual, kemudian kaitkan cerita mereka dengan cerita yang kita ada.... hehe.... banyak benda boleh di "goreng" kat budak-budak ni. Lepas tu bila cerita mereka ada kaitan dengan lagu yang kita tahu... ajak mereka menyanyi atau bagi mereka kertas suruh mereka lukis apa yang mereka dah cerita tadi. Nak tambah lagi rencah, suruh mereka bayangkan cerita mereka itu.... tanya tentang warna, saiz dan bentuk. Pastu minta mereka kira.... kaitkan dengan unsur-unsur sains dan agama. So... masa 20 minit boleh jejak 2 jam. Susah ke?

Sebab tu bila pegawai datang nak observe... mudah je. Apa tipnya? Jom baca seterusnya tip di bawah ini:
- Keluarkan segala bahan yang korang dah buat. Saya keluarkan semua modul bertema yang telah saya dokumentasikan.
- Pastikan hasil kerja murid seperti buku tulis murid disimpan di rak atau stor kelas. Buku yang sudah kanak-kanak siapkan jangan pulangkan sekarang tetapi akan dipulangkan sehingga hujung tahun. Selain sebagai bahan bukti, ibu bapa juga pasti akan terkejut bila dapat lihat apa yang anak mereka buat sepanjang berada di kelas kita... makin sikit buku bermakna anak tu tak buat apa-apa di kelas.
- Sistem fail kelas... beli rak besi dan letak kat tepi pintu kelas... jadi mudahlah kita nak cari di mana kita simpan maklumat kelas.
- Simpan kad-kad gambar, kad imbasan dalam kotak-kotak tema. Jadi angkat je la kotak mana ikut tema minggu itu. Pastikan bahan-bahan ni korang dah laminate. Kerja sekali guna berkali-kali.... sampai pencen daaa...
- Tanya tuan pegawai tu apa yang dia nak tengok... hahaha.... soal dia sebelum dia soal korang.

Tu je la tip untuk korang yang bakal diobserve oleh pegawai-pegawai prasekolah atau nazir atau sesiapa je yang rasa nak tengok atau cari kesilapan korang. Kalau tak buat jangan pandai ngaku-ngaku korang buat. Berterus-teranglah. Kalau korang kena observe kali kedua atau ketiga.... selepas observation tu buat semua yang disuruh atau ditegur. Jangan pulak liat macam gula getah... Jadi cikgu ni tak bolehlah malas-malas sangat dik Non oi... duit yang korang ambil kat mesin ATM tu kenalah jaga keberkatannya. Kalau tak pandai mewarna, korang belilah kamera digital, ambil gambar dan cuci di kedai. Kad imbasan lak korang taip je kat MSWord bersaiz font 150. Pastu cetak dan potong dan laminate. Jadi kerja hari ini korang dapat guna sampai pencen. Tak ada masa? Itu adalah alasan orang pemalas. Masa Allah beri 24 jam sama semua umat kat dunia ni. Jadi pandai-pandailah uruskan masa korang tu. Yang rajin bersms tu kenalah kurangkan ya. Buat kerja utama kita dulu. Satu lagi... kalau bagi budak-budak tu kerja ... pastikan korang tanda. Rasanya tu je lah tip untuk korang hari ini. Kalau korang buat semua bahan-bahan tu hari ini, esok lusa tulat dan hingga tahun seterusnya korang dah boleh rileks. Biasanya tahun pertama kedua je yang busy giler... tahun ke 6 atau tahun ke 22 macam saya sekarang ni... dah tak susah. Kelas dah boleh buat macam klinik kesihatan. Kita pergi kat stor, ambil kotak "ubat" dan bagi pada pesakit.

Boleh buat tak? Siapa yang kata boleh buat, tulis komen korang kat bawah ini sebagai tanda korang sambut cabaran akak ni...

5 ulasan:

wak berkata...

Assalamualaikum, kak aku setuju 360% apa yang akak cakap dan buat tu. aku pun dah buat tapi kira tahun pertama aku kat kelas ni kira ok lah. bukan tahun pertama mengajar tau....

bab relif kelas tu aku pun sokong jugak. datang la tengok buku rekod aku, seminggu mesti tak kurang 3x lebih mau.... kenapa? tak percaya?
ada aku masuk tahun 4, kena kelas hujung pulak last2 aku ajar nyanyi jer, siap dah keluar tu ada somebody tu tanya relif muzik ker?

kah kah kah, aku nak tergelak pecah pegut. budak2 siap tanya lagi "cikgu , bila nak ajar kita orang nyanyi lagi?". ahh, kan awak ada cikgu muzik sendiri.


paham2 jer la. sejak aku jadi cikgu ni kena obsev mesti 90% keatas punya. 2 bulan pulak dah pecah rekod aku dapat 80++ % jer. aku tak cakap apa pun, dah ketua panitia yang tak tau apa pasal prasekolah di suruh obsev, buat baik mcm maner pun tetap hampeh, hampas, hampagas, macam2 lah. terima ajer dengan hati terbuka walaupun ada sekelumit tak puas hati..............



ok jadilah guru yang menerangi kegelapan malam dikala karen kena potong oleh TNB dek kerana lambat bayar bil. adios...........

Fauziah berkata...

haha wak...
biasa la tu..siapa la kita ni.
tension bila x ada org nk masuk ganti kita yg cuti... tp bila bab org lain cuti... muka kita ni la yg derang nampak dulu.
apa pn tabik kat guru pra seluruh dunia

mamalilynasuha berkata...

Assalamualaikum...Terima kasih banyak2 sbb bila terbaca tip2 bab observe ni berguna sangat pada sy. Tahun ni thn pertama ngajar pra. Hai teruk gak penangan pra ni yer. Tup2 dalam celah tu Nazir lak mai...apa lagi, goreng jer modal yang ada. Tp lain kali kena bersedia baru power...!

ainko berkata...

salam..terima kasih atas tips yg diberi..insyaAllah tahun depan klu xde aral sy pon bakal jd guru pra..thanx ye

Fauziah berkata...

wslm
tip ni biasa2 je. apa yg penting kita perlu ada senjata yang sentiasa disimpan di stor. InsyaAllah pengalaman juga memainkan peranan membantu kita menghadapi suasana di kelas. bagi guru2 baru kenalah banyak membaca dan berhubung dengan guru2 lama utk dptkan tip menangani masalah murid di kelas. jadikan murid tu macam adik, anak2 kita sendiri. pasti berjaya okay

Worksheets