Saya suka blog ini

Sabtu, Julai 04, 2009

Merajukkah Aku?

Aku tak tahu nak kata apa. Nak kata merajuk... boleh juga. Aku sedih kerana usaha aku selama ini yang tidak secanggih mana dipertikai orang. Aku bukan manusia sempurna. Aku punya kelemahan sendiri yang Allah juga Maha Mengetahui. Aku tidak mampu membuang rasa kecil hati, rasa sedih dan rasa terpinggir selama ini. Aku punya perasaan tapi seringkali perasaan ini dilukai. Aku diperlaku macam patung namun aku telan kerana aku tidak mahu bermasam muka. Bila berlarutan dan bila usaha aku diperkecil di khalayak... aku amat terasa. Aku amat kecewa. Aku bukan minta sanjungan tapi cukuplah sekadar mengucapkan kata-kata perangsang kerana aku masih mahu berusaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan. Aku juga sedih kerana sejak dapat naik gred ni macam-macam yang sampai ke telinga. Bagi aku, naik gred kerana aku layak... aku lulus cemerlang dalam PTK. Aku sudah cukup tempoh dalam perkhidmatan. Selama ini aku tidak pernah nak pertikai kenaikan gred sesiapa. Berapa gaji mereka... berapa elaun mereka. Aku tak mahu ambil tahu apapun. Cuma aku pelik kerana aku naik gred... ada yang berkata-kata. Aku naik gred bukan guna jalan kotor. Aku memang layak. Aku tak pernah pijak kepala sesiapa. Aku kecewa. Aku marah. Aku sedih. Aku merajuk. Salahkah aku begitu bila aku diperlakukan sesedap rasa oleh mereka yang berasa tidak puas. Apa salah aku pada mereka? Apakah kerana aku lepas cakap perkara yang hak... aku terus diketepi. Jangan salahkan aku andai selepas ini aku akan terus memencilkan diri. Kini aku rasakan kerja aku setakat yang aku mampu. Dunia aku adalah keluarga dan murid aku di hari bekerja. Bagi yang suka memperlekehkan aku, mengata aku... terima kasih kerana beri aku pahala percuma. Salahkah aku untuk merajuk? Salahkah aku sedih? Salahkah aku?

3 ulasan:

effe berkata...

Salam K.G..
Terima kasih atas jemputan akak ni...
Tabahkan hati selalu, masih ramai reader akak di sini yang menyokong dan menghargai akak...

Cikgu Diana berkata...

Salam.. Harap dapat bersabar dengan ujian yang menimpa. Kita jangan mudah mengalah dengan kata-kata orang lain. Tentu ada hikmah di sebaliknya.. Teruskan perjuangan dan usaha anda untuk kemajuan anak bangsa.

Fauziah berkata...

salam
effe dan cikgu diana
mmg hati ni dh puas bersabar tp sering disentuh oleh mereka yang bermulut longkang hati busuk.
pelik dan heran dgn sikap mrk yang x penah puas.
biar apa pun akak masih dpt kawal lg kata2 dr keluar. hanya tulisan di sini je untuk luahkan rasa sedih dan kecewa.