Lama tidak menulis. Sebenarnya saya telah dimasukkan ke wad sejak Khamis dan Jumaat lepas. Doktor Padma telah memberikan saya cuti selama 5 hari sehingga hari ini. Namun sakit tidak juga reda. Selepas kelas saya ke Hospital Daerah Kota Tinggi sekali lagi dan diberi cuti sehingga esok. Sebenarnya kandungan HB darah saya jatuh kepada 7.38 diikuti dengan demam ditambah pula dengan batuk sejak 9 hari lalu yang tidak juga reda.
Kepada rakan-rakan yang masuk ke ruang sembang dan soalan-soalannya yang belum dapat saya jawab harap bersabar. Saya tidak mampu duduk lama di hadapan komputer. Saya akan cuba menjawabnya bila saya benar-benar sembuh kelak. Bagi yang ingin mendapatkan bahan bantu mengajar boleh sms saya di talian 019 7556032. Proses mengepos akan dibuat dengan bantuan suami. Bagi yang telah dikirim bahan tersebut, sila telefon ke pejabat pos berhampiran anda untuk maklumat terkini terutamanya rakan-rakan guru dari Sabah dan Sarawak. Saya cukup bimbang kerana ada kalanya bungkusan tiba setelah 2 bulan diposkan. Memang geram juga dibuatnya bila kenangkan sistem Pos Malaysia ini. Pos laju yang tak laju.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan