Hari ini talian internet sudah boleh berfungsi di kelas. Itupun saya terpaksa gunakan sendiri talian broadband yang dilanggan secara personal. Sebelum ini komputer di kelas meragam. Habis semua data tidak dapat diakses. Aduhai komputer pun meragam macam cikgunya. Saya duduk di wad, dia duduk di makmal komputer untuk dibaiki oleh teknisyen komputer sekolah. Banyak data yang telah disiapkan termasuk bahan-bahan p&p habis begitu sahaja. Tidak pula teringat nak buat backup file. Aduhai...
Minggu ini juga minggu sibuk buat saya sebab baru naik cuti. Banyak buku nak ditanda. Mujur juga selama bercuti modul-modul sudah saya siapkan dan pembantu pengurusan murid hanya perlu bawa ke kedai untuk difotostat.
Sekarang ini kelas saya banyak tertumpu kepada pertandingan cepat mengeja. Hari-hari kena beli hadiah untuk dijadikan motivasi kepada kanak-kanak. Seronok juga melihat mereka berlumba-lumba untuk cepat menyiapkan tugasan yang diberi. Sebenarnya saya banyak gunakan bahan dari cd tema yang telah saya siapkan sebelum ini. Aktiviti mengeja dan menulis cepat ini saya buat di dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Sebelum bermula saya akan membacakan soalan dan menerangkan di mana mereka boleh mendapatkan jawapan. Ada kalanya mereka akan mencari jawapan di dalam buku latihan dan ada juga bahan yang dipamer di dinding kelas. Bagi saya di peringkat ini PENIRUAN adalah proses pembelajaran. Tidak salah kerana mereka perlu membuat kerja dengan pantas. Jadi mereka akan mencari jawapan dari bahan sedia ada atau mengeja sendiri. Bagi kanak-kanak yang pintar seperti Auliah Suraya, semua soalan dapat dijawabnya dengan pantas. Pendek kata hari-hari dialah pemenang utama. Namun begitu Arif Muhaimin dan Muhamad Fahim Hakimi yang berumur 5 tahun juga sering jadi pemenang. Matlamat utama pertandingan ini adalah untuk memperkayakan perbendaharaan kata kanak-kanak di samping menggalakkan mereka bersaing secara sihat.
OKlah nanti kita berjumpa lagi. Esok saya akan ke Universiti Teknologi Malaysia untuk mengikuti seminar Kenali Potensi Diri melalui tarikh lahir yang bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Saya mendapat tiket percuma tapi masih perlu membayar duit sewaan dewan sebanyak RM30. Tidak mengapalah. Apa yang penting esok saya akan belajar ilmu baru. Tentu seronok. Doakan saya sihat untuk ke Skudai yang jaraknya lebih dari 50km dari rumah. Moga ada cerita menarik yang boleh saya kongsi bersama anda minggu depan.
Akhir kata, terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa mendoakan kesihatan saya walaupun saya belum pulih sepenuhnya. InsyaAllah saya akan terus cuba menyiapkan set lengkap modul keibubapaan secepat mungkin. Untuk pengetahuan anda, modul ini mengandungi surat-surat kepada ibu bapa yang boleh dikirim setiap minggu mengikut tema yang bakal diajar. Saya juga sedang mengumpulkan semua pekeliling yang boleh kita jadikan rujukan. Sebenarnya banyak yang sedang saya fikirkan cuma badan sahaja kurang berupaya untuk melaksanakan. Apapun semua sudah dicatat di dalam diari. Moga impian menjadi kenyataan. Hehe... tengah bersemangat untuk mengumpul semua data dan modul untuk memohon guru cemerlang DG48. InsyaAllah saya akan memohonnya selepas lulus ujian PTK Aras 3. Apa yang pasti tahun depan saya akan mencecah ke 48... hahaha.... umur aje... Moga di umur 49 tahun kelak saya memperoleh kenaikan pangkat ke DG48. Amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan