Jumaat, Julai 31, 2009

Matahari Tangan


Assalamualaikum
Pagi ini sebelum ke sekolah saya menemui aktiviti ini.

Anda perlukan:
paten muka (klik pada gambar dan cetak )
gunting
gam
kertas warna

Cara-caranya:
Lakarkan tapak tangan kanak-kanak pada kertas dan gunting.
Anda perlu lakarkan 8-10 keping tapak tangan
Lekatkan guntingan di belakang paten muka.
Dah siap.
Jangan lupa paparkan di papan aktiviti kanak-kanak.

Nota tambahan:
Minggu hadapan saya akan masukkan hasil kerja murid saya untuk tatapan semua. Saya menggalakkan kanak-kanak menampal bintang-bintang supaya hasil kerja mereka nampak lebih kreatif.


Khamis, Julai 30, 2009

Cerlang Minda Prasekolah : Anggota Badan


Hari ini dapat berita gembira. CD kedua saya bakal diterbitkan tidak lama lagi dengan judul Cerlang Minda Prasekolah : Anggota Badan. Kepada rakan-rakan yang ingin mendapatkan bahan ini bolehlah membuat tempahan dari sekarang. Harga akan dimaklumkan kemudian.

Bahan Stok

Assalamualaikum
Berikut adalah beberapa senarai barangan yang boleh anda gunakan untuk menjalankan aktiviti di kelas. Bahan-bahan ini ada yang merupakan bahan buangan dan ianya mudah diperolehi. Jangan lupa untuk menyediakan 1 bekas untuk menyimpan bahan-bahan ini di stor di kelas masing-masing. Mungkin hari ini anda tidak menggunakannya tetapi ada ketikanya tiba-bila mentol di kepala anda menyala... sudah pasti bahan ini akan banyak membantu.

- bekas plastik atau cardboard seperti Pringles,
- playdoh
- pisau plastik kek harijadi, rolling pin, acuan biskut.
- Kapur
- gunting dan kertas
- penebuk kertas pelbagai bentuk dan cebisan kertas warna
- kertas stensil, pensel warna
- benang bulu
- masking tape
- Baldi kecil
- cawan kertas
- gambar dari keratan majalah atau brosur jualan murah seperti Giant, Tesco dll
- kotak kasut
- kotak tisu
- bekas air minuman
- penyepit baju
- kertas keras gulungan tisu
- bekas aiskrim pelagai saiz
- Nut dan bolt
- cebisan kayu
- tukul besi,
- paku
- berus lukisan
- pewarna makanan
- reja kain
- kotak cereal seperti Froot Loops, Cheerios, dll
- tuala kertas
- paper tube
- cd kosong
- butang
- jarum peniti
- magnet
- klip kertas
- straw minuman
- manik

Jumaat, Julai 24, 2009

Akses Internet

Assalamualaikum
Hari ini talian internet sudah boleh berfungsi di kelas. Itupun saya terpaksa gunakan sendiri talian broadband yang dilanggan secara personal. Sebelum ini komputer di kelas meragam. Habis semua data tidak dapat diakses. Aduhai komputer pun meragam macam cikgunya. Saya duduk di wad, dia duduk di makmal komputer untuk dibaiki oleh teknisyen komputer sekolah. Banyak data yang telah disiapkan termasuk bahan-bahan p&p habis begitu sahaja. Tidak pula teringat nak buat backup file. Aduhai...
Minggu ini juga minggu sibuk buat saya sebab baru naik cuti. Banyak buku nak ditanda. Mujur juga selama bercuti modul-modul sudah saya siapkan dan pembantu pengurusan murid hanya perlu bawa ke kedai untuk difotostat.
Sekarang ini kelas saya banyak tertumpu kepada pertandingan cepat mengeja. Hari-hari kena beli hadiah untuk dijadikan motivasi kepada kanak-kanak. Seronok juga melihat mereka berlumba-lumba untuk cepat menyiapkan tugasan yang diberi. Sebenarnya saya banyak gunakan bahan dari cd tema yang telah saya siapkan sebelum ini. Aktiviti mengeja dan menulis cepat ini saya buat di dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Sebelum bermula saya akan membacakan soalan dan menerangkan di mana mereka boleh mendapatkan jawapan. Ada kalanya mereka akan mencari jawapan di dalam buku latihan dan ada juga bahan yang dipamer di dinding kelas. Bagi saya di peringkat ini PENIRUAN adalah proses pembelajaran. Tidak salah kerana mereka perlu membuat kerja dengan pantas. Jadi mereka akan mencari jawapan dari bahan sedia ada atau mengeja sendiri. Bagi kanak-kanak yang pintar seperti Auliah Suraya, semua soalan dapat dijawabnya dengan pantas. Pendek kata hari-hari dialah pemenang utama. Namun begitu Arif Muhaimin dan Muhamad Fahim Hakimi yang berumur 5 tahun juga sering jadi pemenang. Matlamat utama pertandingan ini adalah untuk memperkayakan perbendaharaan kata kanak-kanak di samping menggalakkan mereka bersaing secara sihat.
OKlah nanti kita berjumpa lagi. Esok saya akan ke Universiti Teknologi Malaysia untuk mengikuti seminar Kenali Potensi Diri melalui tarikh lahir yang bermula pada pukul 8 pagi sehingga 5 petang. Saya mendapat tiket percuma tapi masih perlu membayar duit sewaan dewan sebanyak RM30. Tidak mengapalah. Apa yang penting esok saya akan belajar ilmu baru. Tentu seronok. Doakan saya sihat untuk ke Skudai yang jaraknya lebih dari 50km dari rumah. Moga ada cerita menarik yang boleh saya kongsi bersama anda minggu depan.
Akhir kata, terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa mendoakan kesihatan saya walaupun saya belum pulih sepenuhnya. InsyaAllah saya akan terus cuba menyiapkan set lengkap modul keibubapaan secepat mungkin. Untuk pengetahuan anda, modul ini mengandungi surat-surat kepada ibu bapa yang boleh dikirim setiap minggu mengikut tema yang bakal diajar. Saya juga sedang mengumpulkan semua pekeliling yang boleh kita jadikan rujukan. Sebenarnya banyak yang sedang saya fikirkan cuma badan sahaja kurang berupaya untuk melaksanakan. Apapun semua sudah dicatat di dalam diari. Moga impian menjadi kenyataan. Hehe... tengah bersemangat untuk mengumpul semua data dan modul untuk memohon guru cemerlang DG48. InsyaAllah saya akan memohonnya selepas lulus ujian PTK Aras 3. Apa yang pasti tahun depan saya akan mencecah ke 48... hahaha.... umur aje... Moga di umur 49 tahun kelak saya memperoleh kenaikan pangkat ke DG48. Amin

Selasa, Julai 21, 2009

Cuti Sakit

Assalamualaikum
Lama tidak menulis. Sebenarnya saya telah dimasukkan ke wad sejak Khamis dan Jumaat lepas. Doktor Padma telah memberikan saya cuti selama 5 hari sehingga hari ini. Namun sakit tidak juga reda. Selepas kelas saya ke Hospital Daerah Kota Tinggi sekali lagi dan diberi cuti sehingga esok. Sebenarnya kandungan HB darah saya jatuh kepada 7.38 diikuti dengan demam ditambah pula dengan batuk sejak 9 hari lalu yang tidak juga reda.

Kepada rakan-rakan yang masuk ke ruang sembang dan soalan-soalannya yang belum dapat saya jawab harap bersabar. Saya tidak mampu duduk lama di hadapan komputer. Saya akan cuba menjawabnya bila saya benar-benar sembuh kelak. Bagi yang ingin mendapatkan bahan bantu mengajar boleh sms saya di talian 019 7556032. Proses mengepos akan dibuat dengan bantuan suami. Bagi yang telah dikirim bahan tersebut, sila telefon ke pejabat pos berhampiran anda untuk maklumat terkini terutamanya rakan-rakan guru dari Sabah dan Sarawak. Saya cukup bimbang kerana ada kalanya bungkusan tiba setelah 2 bulan diposkan. Memang geram juga dibuatnya bila kenangkan sistem Pos Malaysia ini. Pos laju yang tak laju.

Rabu, Julai 15, 2009

Rama-rama

Assalamualaikum
Hari ini kami buat corak rama-rama yang dilekatkan di kertas manila. Semua hasil kerja dibawa pulang hari ini juga sebab semua terlalu teruja untuk menunjukkan hasil kerja hari ini kepada ibu bapa masing-masing. Itu sebabnya kenapa Encik Sariman tidak dapat melihat hasil kerja murid-murid dipamerkan hari ini. Tidak susah untuk membuatnya. Saya hanya menggunting bentuk-bentuk rama-rama dan kanak-kanak mewarnakan bentuk tersebut dengan melukiskan corak pada bentuk yang disediakan. Cantik tak? Inilah hasil usaha mereka hari ini...
Aina Saffiya

Nadzirul

Radhi

Irfan
Haziq

Arif Muhaimin

Harith Iskandar

Khairuddin

Afiq

Pemantauan Kelas


Assalamualaikum
Hari ini saya telah dipantau oleh Encik Sariman Husin Penolong Pengarah Prasekolah, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pelajaran Johor. Banyak juga perkara yang dibincangkan terutamanya kursus-kursus pedagogi yang boleh dilaksanakan. Sempat juga saya menyuarakan isi hati guru-guru prasekolah yang sering saya temui. Semoga apa yang dibincangkan itu dapat direalisasi dan diaplikasikan ke seluruh negeri Johor demi kepentingan dan kemajuan pendidikan prasekolah. Berikut adalah hasil pemantauan.

Isnin, Julai 13, 2009

Serangga

Tema Minggu Ini
SERANGGA

Assalamualaikum
Saya temui laman web ini yang sesuai digunakan untuk tema serangga. Jom layan. Klik je pada link yang bergaris di bawah ini.

BUG GAMES

Explore our fun bug games and activities! Teachers, visit our insect lesson plans full of fun insect facts for kids.

Name that Bug

In this bug game, use the clues to name the mystery bug behind the screen! The faster you guess correctly, the more points you get!

Name That Bug: A Game For Kids

Fred's Bugalizer Studio

Looking for a fun bug activity? Try our online bug coloring pages! Color the bugs with our online coloring kit.

Fred's Bugalizer Studio requires Shockwave Player 7. If you don't have the Shockwave Player, you'll need to download it before using the studio.

Fred's Bugalizer: A Free Online Coloring Kit

Nak gambar untuk diwarnakan klik kat bawah ini.

Bug Coloring Page Bug Coloring Page Bug Coloring Page Bug Coloring Page Bug Coloring Page Bug Coloring Page Bug Coloring Page

Kalau nak lebih terperinci boleh dapatkan cd bertema dari saya. Jangan segan untuk telefon di talian 019-7556032. Harga murah je. Sekeping cd berharga RM6. Di dalamnya ada lembaran kerja Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris, kad gambar, slide show.... oooo manyak murah seh... saya buat dari unit awal hingga akhir. Tapi saya tak jual sekeping-sekeping ya. Ikut pakej la... nak jual sekeping-sekeping buang masa saya nak beratur kat pejabat pos. Memang tak larat la kalau buat begitu. Kalau korang nak ke beratur panjang sekadar nak pos sekeping cd je. Waaaa.... Kalau kata mahal gak... buat sendiri la yek... hehehe.


Jumaat, Julai 10, 2009

Aktiviti hujung minggu

Assalamualaikum
Lama juga tidak menulis. Dah kering idea ditambah kurang sihat akibat cuaca yang tidak menentu dan PPM sakit sepanjang minggu ini. Rasa penat melampau bila balik rumah mudah sahaja terlelap.

Hujung minggu ini ada kelas lagi. Nota pelajar pun belum dapat disiapkan. Alahai. Malas betul nak buat. Hari ini Jumaat dan Sabtu, sekolah pula adakan program motivasi Tahun 6. Aku ditugaskan menjadi pengacara. Mujur tugas aku pada hari esok bermula 8 pagi hingga selesai. Malam ini aku berkira-kira tak mahu ke sekolah sebab esok aku kena bekerja dari pagi hingga petang. Kalau kerja ofis... dah cuti hujung minggu tak yah kerja... tapi cikgu... aduhai... macam tak cukup hari dibuatnya. Dahlah Sabtu kena datang, Ahad pun ada tugasan juga. Tapi Ahad ni tugas aku cari duit lebih. Hehehe... apa lagi part time kat IPPJ lah. Alah bukan selalu dapat peluang ni. Aku dapat pun sebab pensyarah yang ada menolak tugas ini. Aku jadi bidan terjun lagi...

Tu je lah tugas aku hujung minggu ni. Bahan untuk prasekolah aku belum sempat nak masukkan lagi. Dalam kepala ini banyak benda nak dimuatkan di sini... tapi aku juga ada komitmen lain yang perlu diselesaikan.

OKlah chow chin chow... Kalau korang nak ide korang boleh sms aku di 019-7556032. Ni nombor telefon baru aku sebab nombor lama aku dah humban ke sungai.... eh... bateri telefon tu lemah la ... jadi aku peram dalam handbag... puas cari charger tak jumpa... tu je alasan yang kukuh yang boleh aku bagi.

Sabtu, Julai 04, 2009

Merajukkah Aku?

Aku tak tahu nak kata apa. Nak kata merajuk... boleh juga. Aku sedih kerana usaha aku selama ini yang tidak secanggih mana dipertikai orang. Aku bukan manusia sempurna. Aku punya kelemahan sendiri yang Allah juga Maha Mengetahui. Aku tidak mampu membuang rasa kecil hati, rasa sedih dan rasa terpinggir selama ini. Aku punya perasaan tapi seringkali perasaan ini dilukai. Aku diperlaku macam patung namun aku telan kerana aku tidak mahu bermasam muka. Bila berlarutan dan bila usaha aku diperkecil di khalayak... aku amat terasa. Aku amat kecewa. Aku bukan minta sanjungan tapi cukuplah sekadar mengucapkan kata-kata perangsang kerana aku masih mahu berusaha untuk memperbaiki mutu perkhidmatan. Aku juga sedih kerana sejak dapat naik gred ni macam-macam yang sampai ke telinga. Bagi aku, naik gred kerana aku layak... aku lulus cemerlang dalam PTK. Aku sudah cukup tempoh dalam perkhidmatan. Selama ini aku tidak pernah nak pertikai kenaikan gred sesiapa. Berapa gaji mereka... berapa elaun mereka. Aku tak mahu ambil tahu apapun. Cuma aku pelik kerana aku naik gred... ada yang berkata-kata. Aku naik gred bukan guna jalan kotor. Aku memang layak. Aku tak pernah pijak kepala sesiapa. Aku kecewa. Aku marah. Aku sedih. Aku merajuk. Salahkah aku begitu bila aku diperlakukan sesedap rasa oleh mereka yang berasa tidak puas. Apa salah aku pada mereka? Apakah kerana aku lepas cakap perkara yang hak... aku terus diketepi. Jangan salahkan aku andai selepas ini aku akan terus memencilkan diri. Kini aku rasakan kerja aku setakat yang aku mampu. Dunia aku adalah keluarga dan murid aku di hari bekerja. Bagi yang suka memperlekehkan aku, mengata aku... terima kasih kerana beri aku pahala percuma. Salahkah aku untuk merajuk? Salahkah aku sedih? Salahkah aku?

Khamis, Julai 02, 2009

Cadangan Kursus

Assalamualaikum
Malam ni tak tau nak tulis apa. Beberapa hari lepas aku terbaca tentang kursus yang dianjurkan oleh PPD Petaling Perdana di bawah pimpinan rakan sekuliah semasa di Universiti Malaya dahulu, Cik Zaiton Arshad. Menarik juga bila membaca kisah kursus yang telah dianjurkan. Ramai juga rakan-rakan di daerah ini mengeluh kerana kami ni jarang bertemu. Kalau ada kursus pun bila dah hujung tahun. Di sini kami jarang bertemu. Kalau ada program pun tidak sempat nak beramah mesra. Alahai.

Aku seronok baca inisiatif Cik Ton buat kursus. Cuba tengok entri ni...

P5130545

P5130548

P5130552

P5130549

Kursus ini telah diadakan di Dewan Sk. Dato’ Onn Jaafar pada 16 Mei 2009 (Rabu) yang dihadiri oleh semua guru prasekolah daerah Petaling Perdana. Kursus pendek ini dikendalikan oleh dua orang perunding imej professional daripada Sweet Advancement Centre Sdn. Bhd iaitu Angelene Chong dan DJ Ong.

Kalau dulu-dulu aku suka adakan kursus:

1. Memasak

2. Big Book

3. Membuat tayangan slaid guna power point

4. Buat bahan bantu mengajar

5. Bengkel dwi-mingguan

6. Buat puppet

Tapi itu semua kenangan lama. Alangkah seronoknya kalau ada pertemuan seperti dulu kerana kami menjadi sangat rapat antara satu sama lain begitu juga dengan pembantu pengurusan murid. Sekarang aku sendiri pun tak kenal guru-guru di daerah sendiri kecuali yang rajin telefon aku. Bilalah agaknya nak pergi kursus ni? Ramai kawan-kawan asyik dok tanya kat aku. Hish nak jawab apa? Bukan aku yang bertanggungjawab untuk buat kursus. Apapun aku suka nak mencadangkan kursus-kursus macam kat bawah ni. Hehe...kursus yang aku memang minat.
1. Penggunaan komputer - Paint - untuk edit gambar.
2. Permainan kanak-kanak
3. Mencipta lagu kanak-kanak
4. Shared-reading
5. Kraftangan
6. Fingerplay

Worksheets