su: sy rs k.Gee kena bg panduan cara merancang perbelanjaan utk anggaran bhan basah kering sbb sy tak tahu pun itu kena buat?
Macamana ya nak buat? Hah bagi guru-guru yang baru mengajar di kelas prasekolah mesti pening lalat bila guru besar meminta anda merancang perbelanjaan bahan basah. Apatah lagi kalau anda sendiri tidak pernah ambil kisah membeli barang basah di pasar. Hahaha saya pun boleh dikira dengan jari dalam setahun ke pasar kerana sebenarnya semuanya itu dibuat oleh ayah dan suami!. Namun bila sudah menceburkan diri dalam bidang prasekolah ini bermakna anda kena lakukan juga. Apa nak susah, ambillah masa anda hujung minggu untuk buat survey harga barangan di pasar. Susahkah? Sambil ke pasar sambil cuci mata bagi yang bujang teruna dengan makcik-makcik di pasar. Hmm manalah tahu ada makcik yang sedang cari calon menantu berkenan pula kat anda.
Berbalik kepada cara merancang perbelanjaan bahan basah... kalau anda tidak berkesempatan ke pasar, minta sahaja pembantu pengurusan murid membuatnya sebab tugas ini juga termasuk di dalam bidang tugas mereka. Saya akan menyenaraikan urutan kerja supaya mudah anda membuatnya:
1. Lawatan ke pasar untuk mengkaji senarai harga barangan basah atau minta kedai yang sudah dipilih untuk membekalkan bahan basah secara tetap ke sekolah menyenaraikan harga barangan mereka.
2. Lihat menu harian kelas anda. Senaraikan apakah barangan basah yang mesti digunakan semasa memasak menu tersebut. Berbincanglah dengan PPM sebab dia yang akan memasak. Kalau PPM tidak tahu masak, eh macam mana pula kalau tidak pandai masak? Minta dia cari resipi dan suruh dia belajar memasak masakan yang ada di dalam menu. Hai tak kan lah masak mee pun tak pandai. Menu di prasekolah semuanya mudah. Tidak ada alasan PPM tidak tahu memasaknya.
3. Buat anggaran bahan basah yang diperlukan untuk menu 25 orang kanak-kanak. Biasanya masakan yang dimasak hanya separuh kuali besar atau bersamaan hidangan 10 orang dewasa.
4. Buat anggaran untuk seminggu dahulu. Minta izin dengan guru besar untuk menangguhkan anggaran perbelanjaan untuk seminggu kerana anda perlu membuat kajian. Setelah anda memperoleh perbelanjaan seminggu hanya darabkan dengan minggu bagi bulan-bulan persekolahan.
5. Oleh kerana ini adalah anggaran perbelanjaan, maka berkemungkinan kos perbelanjaan tidak menepati setepat-tepatnya. Apa yang penting anda tidak berbelanja melebihi peruntukan makan murid sebanyak RM1.50 sehari yang didarab dengan 25 orang murid.
6. Ada kalanya kita terpaksa menolak beberapa perbelanjaan bahan basah apabila kanak-kanak tidak menyukai menu tersebut. Ingat, masak makanan yang disukai kanak-kanak bukan makanan yang guru atau pembantu suka. Adalah lebih baik masak menu yang sama daripada ianya masuk ke bakul sampah. Saya masih ingat mula-mula menghidangkan air Horlick kepada murid saya. Saya membuat 1 jag besar tapi bila tiba waktu minum, ianya terpaksa dicurah ke sinki sebab mereka tidak suka. Begitu juga bila membuat mee hoon. Mereka hanya makan sedikit dan separuh mee yang tinggal di kuali terpaksa dibuang sebab cikgu sendiri pun tidak larat nak habiskan!. Oleh itu kita kena fikirkan atau buat kajian terhadap selera kanak-kanak.
Perancangan ini boleh dimulakan di bulan Disember dengan bantuan Pembantu Pengurusan Murid. Selamat mencuba.

1 ulasan:
thanks Ruth 4 the comment. hope you enjoy reading all my entries.
Catat Ulasan