Rabu, Disember 10, 2008

Lagu Kanak-kanak

Dari laporan nuffnang.com, saya dapati ramai yang menaip keyword lagu kanak-kanak. Memang lagu kanak-kanak ni agak sukar diperolehi terutamanya lagu kanak-kanak versi Bahasa Melayu. Kalau Bahasa Inggeris... alahai melambak-lambak. Macam mana nak buat ya bila nak mengajar di awal tahun nanti bila kanak-kanak mula meragam. Lagu apa yang nak dinyanyikan supaya keadaan kelas dapat dikawal dengan baik. Huh...pening kepala guru-guru prasekolah yang baru posting. Bagi guru-guru veteran macam saya ni rasanya tidaklah sukar sangat. Saya sebenarnya sedang menanti kelulusan Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mengedarkan CD interaktif yang telah saya siapkan hampir dua tahun lepas. Di dalam CD itu kelak akan dimasukkan lagu kanak-kanak yang saya reka sendiri, lembaran kerja Bahasa Melayu dan Matematik, kraftangan dan cerita kanak-kanak.

Sementara itu jom kita lihat lirik lagu-lagu yang sempat saya cari...

Bapaku Pulang

Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Akan kubawa ke sekolah

Ponponponponpon ponpon ponpon
Kereta kecil ku berbunyi
Marilah adik mari naik
Boleh kubawa jumpa nenek

Air pasang pagi


Air pasang pagi
surut pukul lima,
nyonya bangun pagi
siram pokok bunga,

Pokok bunga melur
tanam tepi kolam,

Itik bertelur
ayam mengeram


Ikan kekek


ikan kekek mak iloi, iloi,
ikan gelama mak ilai, ilai,
sungguh cantik adikku amboi,
tapi ketawa mengilai-ngilai.
Ikan kekek mak iloi, iloi,
ikan gelama mak ilai, ilai,
kalau adik nak jadi pandai,
mari belajar, janganlah lalai.
Ikan kekek hoi !,
ikan kekek.......


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com





Tiada ulasan:

Worksheets