Selasa, Ogos 24, 2010

Dompet raya








Assalamualaikum
Program hari raya bakal tiba. Cikgu dah sediakan dompet untuk duit raya murid-murid. Perancangan awal adalah untuk mengadakan program ziarah dan marhaban selama seminggu ke rumah setiap murid. Selama seminggu bermula dari pukul 8.00 pagi semua murid-murid akan berkumpul di hadapan sekolah sebelum pergi ke rumah rakan-rakan mereka. Program akan berakhir sehingga pukul 11.00 pagi di mana semua murid akan balik semula ke sekolah untuk pulang ke rumah masing-masing.

Selesai acara marhaban yang pastinya setiap murid akan mendapat duit raya yang akan disimpan di dalam dompet comel. Cikgu bercadang akan memanggil pihak Bank Rakyat untuk mengadakan program menabung di sekolah. Pasti seronok kerana setiap kali membuka akaun murid-murid akan diberikan hadiah menarik.

Semoga acara ini diberkati Allah hendaknya... semoga anak-anak akan dapat mengekalkan sikap berjimat cermat dan suka menabung. Selepas ni anak-anak bolehlah melayari Kelab Nuri:

http://www.kelabnuri.com.my/

Tiada ulasan:

Worksheets