Saya suka blog ini

Khamis, Oktober 22, 2009

Kelas 4 Bintang

Assalamualaikum
Semalam seharian saya tidak online. Kenapa? Saja tak online sebab sibuk dengan projek kraftangan yang baru dimulakan. Lagipun semalam sekolah kami bermesyuarat sehingga pukul 3 petang. Lepak betul 3 jam duduk di bilik mesyuarat. Dalam pada itu sempat juga mata saya terlelap melayang sampai ke bulan dan bintang. Sorry bos... waktu begini memang mata saya sukar nak celik dan nak beri tumpuan sebab biasanya balik ke rumah saya sudah terpengsan atas katil. Hahaha.... itulah yang bestnya bila mengajar di sekolah ni... kalau masa di PPD dulu... kurus kering badan dibuatnya sebab keletihan setiap hari. Kalau dulu waktu begitu berada di pejabat uruskan kerja. Hahaha sebab itulah saya tidak pernah mahu mengisi borang kenaikan pangkat. Malah tak pernah tahu pun bila borang kenaikan pangkat diedarkan di sekolah. Dunia saya hanya di kelas dan di rumah. Bilik guru pun setahun payah sekali saya nak ke situ. Sebulan pun payah sekali saya melintas di bilik guru. Bukan tak nak ke situ... saya pun tak tahu apa nak buat kalau ke bilik guru. Kalau setakat menyembang dan bergossip lebih baik duduk di kelas... macam-macam boleh dibuat.

Sekarang ni kerja-kerja di kelas pun dah semakin kurang nak dibuat sebab banyak dah ada dalam simpanan. Tapi kalau nak buat tu memang ada saja yang boleh dilakukan. Cuma sekarang ni saya ada sikit malaslah... ingatan banyak tertumpu kepada perkara lain. Sekarang ni pula dah sibuk nak isi borang prestasi. Huh... perkara ni lah yang saya tersangatlah malas nak buat. Pernah gak saya tanya kat pejabat... nak bagi anugerah ke kat saya tahun ni? Kalau dah ada calon saya rasa tak perlulah saya isi panjang lebar. Hehe... sah-sah jawapannya ... KO MEMANG TAK LAYAK DAPAT ANUGERAH APC ... Tahun ni siapa ya calon penerima anugerah APC? Saya dah tak nak fikir apa-apa pasal APC sebab nama saya sejak 22 tahun dulu tidak tersenarai dalam calon pilihan bos-bos saya. Borang prestasi kena hantar sebelum 30 Oktober. Hui... malas tuh nak buat. Dulu ada gak cuba isi borang guru pakar... tapi satu khabar berita pun tak dapat. Nak isi borang guru pakar DG48 setakat ni lum cukup syarat la pulak. So kesimpulannya.... buat jelah keje ko sampai pencen Cikgu Fauziah oi... Pasal borang prestasi ni sekali lagi saya bertanya apa yang nak di isi? Kursus prasekolah? Sampai la ni tak ada sehari pun saya dipanggil untuk hadir. Mesyuarat panitia prasekolah? Nama pun tak tersenarai nak mesyuarat apa ke bendanya weh. Borang prestasi aku kira kosonglah tahun ni. Mujur tak kena isi borang SKT... kalau tak lagilah haru biru jadinya. Nak isi apa ke bendanya... kursus... mesyuarat pun tak ada sepanjang tahun ni. Aku yang syok sendiri kat kelas. Sejak balik ke sekolah ni satu sen duit tuntutan perjalanan kursus atau mesyuarat sebelum-sebelum ni pun tak masuk dalam akaun. Kat mana salah tu? Puas dah isi borang. Aku semakin bosan.

Eh... tajuk entri aku kali ini kelas 4 bintang apa lak kaitan dengan cerita kat atas tu? Saja je aku nak tulis apa yang aku rasa setakat ni. Ada sesiapa nak marah ke? Peduli apa sebab blog ni blog aku. Suka akulah nak tulis apa. Hahaha....

OKlah meh sini pasang biji mata korang aku nak cerita pasal kelas 4 bintang. Kelas aku ni bintang yang ada dah berpuluh-puluh aku tepek kat siling kelas. Jadi kelas aku ni bukan lagi tarafnya 4 bintang..... malah berpuluh-puluh bintang. Rasanya kat Malaysia ni kelas akulah yang paling top berbintang-bintang. ( aha... ada yang jeles tu baca tulisan aku... nyampahlah tu... aku dengar apa korang cakap dalam hati tau) Setakat ni aku rasa kelas aku ni nombor satu kat negara ni. (hee nyampahnya perasan betul - tu dalam hati korang kata kan?)Tak caya? Tengok ni...ranking nombor 1 dalam Google.com.

Hehe... bukan nak bangga dirilah. Jauhkan oleh Allah. Saja je buat lawak bodoh petang ni. Jangan marah. Sebenarnya saya dapat panggilan dari Cikgu Su di Kuala Krai. Tapi malangnya saya tak dengar deringannya. Lalu saya telefon dia semula (Su kalu ko dapat anugerah pasni kena belanja akak tau). Sebelum ni Cikgu Siti Marziah, SK Ampang Tinggi, Negeri Sembilan pun ada telefon tapi terlupa la pulak nak bagi idea kat dia. Maaf la Siti oi sibuk amek ... Korang semua yang nak kena observe untuk dapat anugerah bintang berbintang ni janganlah terlalu mengharap ya saya dapat bagi idea. Maklum ada kalanya kepala saya ni bengong sikit... pastu lupa memanjang. Kalau nak telefon tu siap-siapkanlah pen dan kertas sebab idea saya ni adakalanya spontan je keluarnya. Macam cair gitu otaknya meleleh keluar. Hahaha...

Tahniahlah buat Su sebab dapat 4 bintang diberi oleh Encik Zamri - pegawai khas prasekolah Kuala Krai. Yang seronok dan buat rasa kembang hati ni bila Su kata dia ikut apa yang saya tulis kat blog ni. Haha... Ikutlah Su mana patut. Bila nak kena observe ni pilihlah tema yang best-best yang boleh korang goreng hangus budak-budak kat kelas tu. Kata Su dia pernah kena observe masa tema angkasa. Hehe... ada ke dia ikut apa yang saya cakap kat blog sebelum ni kat observer dia. Apa yang menarik observer tu pun sempat pening sebab dia pun mengaku tema tu memang susah nak diterangkan kat budak-budak prasekolah. Amik ko. Banyak gak pujian Encik Zamri luahkan kepada Cikgu Su. Wow... terangkat tu.... yang penting Zamri kata kelas Su ada kelas. Kalau dulu kelas tak ok sekarang terus melompat ke paras 4 bintang. Wow... memang deboom la. Tabik spring kat Su sebab berjaya menunjukkan prestasi yang membanggakan. ( Kelas aku gak yang tak ada pemantau nak tengok. Kata hari tu wakil Kota Tinggi ke peringkat negeri Johor... last-last tak ada sorang pun datang. Pertandingan terus ditiadakan. Woi... apa cerita ni? Tahun depan jangan harap aku nak masuk pertandingan lagi) Tahun depan aku nak buat taman okid kat kawasan taman kelas aku. Jangan nak mengada-ngada pujuk aku masuk bertanding lagi lepas ni. Sekarang ni kat pagar taman permainan okid dah mula berbunga. Best-best!.... Kat bawah pokok palma aku dah ada 5 pasu bunga okid yang sedang rancak berbunga. Cuti sekolah ni aku nak memujuk rayu suami ambil pokok okid hutan yang banyak kat Jalan Bandar Tenggara. (aha... cikgu-cikgu area Kota, Kulai dan Kluang jangan nak sibuk ngintai-intai tepi-tepi jalan tu. Kalau nampak aku jomlah join sekali.)

OKlah nanti bila aku dah senang aku nak upload gambar-gambar aku gi jalan raya ke rumah Wak Jenal dan Syikin. Aku nak upload gambar budak-budak raya dan banyak lagilah gambar yang aku ingat nak tepek kat sini. Korang tunggu je la... Itupun kalau aku senang la... Oklah... babai...


0 ulasan: