Saya suka blog ini

Rabu, Oktober 07, 2009

Angkasa

Assalamualaikum
Hari ini agak meletihkan kerana kelas kami mengadakan majlis Marhaban dan Sambutan Hari Raya. Gambar-gambar sekitar majlis akan dimasukkan kemudian. Usai majlis, saya terpaksa menghadiri kursus dalaman sekolah berkaitan ICT sehingga pukul 2.00 petang. Hari ini juga gusi saya mengalami masalah dan memaksa saya ke klinik. Sebelum ini saya meminta anak sulung saya yang sedang menjalankan latihan di Klinik Pergigian Kota Tinggi untuk mengambilkan ubat namun doktor telah meminta saya datang sendiri ke klinik kerana ubat yang perlu diberikan merupakan ubat terkawal. Doktor telah memberikan saya ubat Metronidazole 200mg, Amoxycilin, Paracetemol, Prolase dan Glycerin of Thymol. Keadaan gusi sering membengkak dan dijangkiti bakteria padahal saya baru saja membuat scaling. Bila bengkak dan bernanah, rasanya cukup gatal. Aduhai...

Sejak semalam Cikgu Nadz meminta saya memberikan idea tentang pengajaran bertema Cakerawala. Saya akui selama ini saya hanya memperkenalkan bulan, bintang dan matahari sahaja kepada kanak-kanak. Maklumlah tema ini agak sukar. Saya kira pegawai prasekolah di PPD atau JPN sendiri kalau diminta mengajar tema ini tentu boleh panas punggung. Seminggu pulak tu.... Pendapat saya tema ini kurang perlu diajar secara terperinci. Ianya hanya perlu diselitkan di dalam P&P sepintas lalu sahaja. Tak perlu dijadikan tema seminggu. Memang parahlah bagi guru terutama guru muda untuk mengajar tema ini apatah lagi kalau mahu diselia oleh pegawai. Saya cadangkan Nadz minta pegawai atau jurulatih yang ingin menyelia itu mengajar di kelas Nadz boleh tak? Huhu pasti ramai pegawai yang marah kat saya lepas ni. Be realistic okay... Bagi saya buat setakat yang mampu sahaja. Kalau terlalu tinggi dan bahan itu tidak pula terjangkau oleh guru... ketepikanlah dulu. Budak-budak itu pun masih kecil lagi... masih panjang masa untuk mereka pelajari.

Walau apapun saya cuba usahakan juga setakat yang termampu untuk membantu Nadz. Harap Nadz berpuas hati dengan usaha saya ini. Saya minta maaf kerana tidak dapat menterjemahkan bahan ini ke dalam bahasa Melayu. Bak kata Nabil.... Lu Pikirlah Sendiri... Klik pada pautan yang ada. Selamat mengajar ya... jangan lupa kirim salam saya kepada penyelia Nadz nanti. Lepas diselia cuba minta idea mereka pula untuk penambahbaikan ya... jangan tahu mencari kesilapan guru sahaja tanpa mahu berusaha membantu mereka. Jangan pula... Cakap Tak Serupa Bikin. Maaf kalau kata-kata saya ini mungkin pedas didengar tapi itulah realiti alam pendidikan sekarang ini. Bagi yang ingin menyelia itu nasihat saya bantulah guru-guru untuk menambahbaik atau meningkatkan ilmu yang ada. Jangan mencari-cari kesilapan orang kerana kalau anda berniat begitu, pasti Allah akan membuka kesilapan anda kelak. Jadilah guru yang sebenarnya... membantu, membimbing, menyuluh ke jalan yang benar.

Space Pack: �Outta This World� Resources for Your Classroom
The pack includes: Kindercritters Literature Links, An 8 Page Blackline Reader I Know About Stars, A Thematic Mini Dictionary, A Writing Prompt, PLUS.. Original songs, culminating activity ideas, snack and craft ideas and more!
(From the A to Z Teacher Stuff Store - Download Now!)

Stars: A Thematic Cross-Curricular Unit
Packed full of activities & patterns --
  • Mini-Books: Space, What is a Star?
  • Word play activities Star songs & poems
  • Science and art activities
  • Much more!! -- Download it now!

  • (From the A to Z Teacher Stuff Store - Download Now!)

    Activity Idea Place: Night and Day open in new window

    Arts/Crafts, games, songs, and activities for a space theme.
    http://www.123child.com/UBB/showthread.php?t=6337
    Grade Level(s): Preschool, K

    Blast Off - Paper Rockets open in new window

    from More Mudpies to Magnets
    http://www.ghbooks.com/activity/activity.cfm?bookid=10015&page=126
    Grade Level(s): Preschool •

    Outer Space: Star Shine open in new window

    from The Giant Encyclopedia of Science Activities
    http://www.ghbooks.com/activity/activity.cfm?bookid=18325&page=402
    Grade Level(s): Preschool, K

    Pop Bottle Programming open in new window
    Make a Water-Powered Rocket
    http://www.cfc-efc.ca/docs/cccf/00000981.htm
    Grade Level(s): Preschool, K, 1-2 Rate It

    Science Tables Made Exciting open in new window

    Scroll down to "Our Galaxy" for cool ideas - You can make starscopes and star dust, experience life on the moon, and work in outer space. There's also many ideas for other themes.
    http://www.cfc-efc.ca/docs/cccf/00011_en.htm
    Grade Level(s): Preschool, K, 1-2

    Space Themed Crafts open in new window
    DLTK's Space Theme Section
    http://www.dltk-kids.com/crafts/space/space.html
    Grade Level(s): Preschool, K, 1-2 •

    Space Unit open in new window

    "Blast off to the final frontier" with Inside Kindergarten's space unit
    http://www.geocities.com/Athens/Aegean/2221/space.html
    Grade Level(s): K •

    The Solar System and Astronomy open in new window
    A thematic unit with activities for PreK-3 created by university students. It also includes many internet links for exploring.
    http://www.libsci.sc.edu/miller/solar.htm
    Grade Level(s): Preschool, K, 1-2, 3-5 •


    To the Stars and Back open in new window

    Lessons for each grade level
    http://www.angelfire.com/al/ToTheStarsAndBack/lessons.html
    Grade Level(s): K, 1-2, 3-5

    A Solar System Coloring Book open in new window

    A page for each planet and other terrestrial objects that includes facts
    http://www.windows.umich.edu/cgi-bin/redirect.cgi/coloring_book/index....
    Grade Level(s): Preschool, K, 1-2 •

    Color Guide open in new window
    This is a guide for coloring the planets
    http://www.windows.ucar.edu/cgi-bin/tour.cgi?link=pk_10.html&sw=false&...
    Grade Level(s): Preschool, K, 1-2, 3-5

    Space Day open in new window

    Space Day is during the first week of May - This site has resources for teachers and kids.
    http://www.spaceday.com/
    Grade Level(s): K, 1-2, 3-5

    The Nine Planets open in new window
    A multimedia tour of the solar system - my kinders LOVE to go to this site and view images of the planets!!
    http://www.seds.org/billa/tnp/
    Grade Level(s): K, 1-2, 3-5

    0 ulasan: