Sabtu, Oktober 24, 2009

Beraya ke rumah cikgu prasekolah

[1.jpg]

4 Oktober 2009 lalu kami sekeluarga menyerang rumah kawan-kawan. Rumah pertama kami serang rumah Cikgu Zainal a.k.a Wak Jenal di Taman Perling. Beliau mengajar di SK Taman Perling. Anak-anak saya memang mudah mesra dengan sesiapa sahaja khususnya kanak-kanak. Hehe nampak gaya boleh buka pusat jagaan kanak-kanak. Kalau anak bujang saya tu pula buat rumah Jenal macam rumah sendiri. Kira ok la tu yek Jenal.

Lepas lepak kat rumah Wak Jenal, kami ke rumah Cikgu Syikin di Mutiara Rini. Beliau ni guru prasekolah di SK Taman Universiti 2. Lepas ke rumah Syikin cuba telefon Cikgu Aminah, guru prasekolah SK Sri Skudai tapi dia dah dalam perjalanan ke Pontian. Tahun depan ingat nak beraya ke rumah guru-guru lain la pulak khususnya yang ada blog. Yang tak ada blog pun boleh juga.

1 ulasan:

wak berkata...

Apasal gambau aku beso sangat. yer la mcm orang dulu2 jer. silakan, sila sila sila duduk pun bersila. jutaan kemaafan sekiranya layanan kurang memuaskan. IA tahun depan pindah umah baru la pulak.

IA : Insyaallah.

Worksheets