Rabu, Julai 09, 2008

Ahmad Dzarif


Ahmad Dzarif merupakan kanak-kanak yang riang. Walaupun badannya gempal, dia seorang kanak-kanak yang berani mencuba dan aktif. Biar salah jawapan yang diberi, dia tidak malu mencuba. Saya yakin suatu hari Ahmad atau Mad yang biasa saya panggil di kelas akan menjadi kanak-kanak yang berjaya. Sebenarnya Mad menghadapi masalah pertuturan. Khabarnya dia baru belajar bercakap masa umurnya 4 tahun. Ini bermakna baru 2 tahun dia dapat bercakap namun masih pelat. Setiap hari saya lihat perkembangan Mad. Kalau dulu dia sukar menyebut perkataan "blok" atau bongkah. Bila disuruh dia menyebutnya berulang-kali kini dia sudah boleh meyebut blok. Cuma perkataan cikgu masih belum dapat dibetulkannya. Dia panggil saya Cikdu. Dia penghibur saya di kelas. Dia tidak jemu bertanya. Bulan pertama sekolah memang memeritkan. Dia tidak pernah ke tadik sebelum ini. Satu bentuk huruf pun dia tidak kenal. Melukis bentuk pun tidak dapat dilakukan. Semuanya kena dipegang. Kini Mad sudah boleh menulis setiap huruf. Dia akan cuba menyiapkan tugasnya secepat mungkin sebab bila sudah siap, dia akan bermain blok dan kereta kecil yang ada di sudut permainan. Walaupun tulisan Mad masih belum secantik rakan-rakan yang lain, ia tetap menunjukkan perkembangan yang baik. Hingga kini Mad masih menghadapi masalah mengira. Dia mudah lupa. Apa pun saya tetap yakin dengan kesungguhannya, dia boleh berjaya walaupun mengambil masa yang lambat. Sejak menyambut hari lahir ke enam, dia semakin menampakkan kemajuan.

2 ulasan:

Kasawari berkata...

wah. semangat kak g begitu tinggi lagi tu.. semoga terus bersemangat dgn anak bangsa ku.

Fauziah berkata...

terima kasih. bagi akak anak murid macam anak sendiri gak. kalau anak murid berjaya, insyaAllah anak sendiri akan berjaya juga. itu doa akak setiap saat. sebab tu kalau murid nakal ada kalanya mereka juga kena denda dan rotan. apa pun bagi murid yang didenda atau akak rotan, maklumat awal akan diberi kepada ibu bapa. setakat ni alhamdulillah parent boleh terima cara didikan akak.

Worksheets