Isnin, Julai 21, 2008
Modul Latihan
Hari ini Encik Zainal Sorapi dari Jabatan Pelajaran Johor telah ke kelas saya. Beliau bercadang untuk mencalonkan saya ke Seminar Prasekolah Peringkat Kebangsaan minggu hadapan di Bangi. Namun saya agak keberatan maklumlah tuntutan perjalanan menaiki teksi dan hotel kena bayar dahulu. Saya takut kalau tidak dapat hotel yang dekat. Besar juga kos yang perlu ditanggung sedangkan tuntutan terdahulu sebelum ini entah bila akan dapat. Apabila mendapat tahu rakan lama saya, Encik Shukur Marzuki bersetuju ikut serta dan nama saya digugurkan, saya mengucap seribu kesyukuran. Keadaan kesihatan saya sekarang ini membuatkan saya bimbang untuk memandu jauh. Takut untuk berjanji kerana kesihatan yang tidak menentu mungkin akan memberi masalah kepada saya kelak apatah lagi bila tidak pergi bersama suami. Apa pun terima kasih di atas pelawaan yang diberi.
Saya sempat menunjukkan modul latihan kerja bertema kepada beliau. Sebenarnya sudah lama saya ingin berkongsi idea ini dengan guru-guru prasekolah negeri Johor namun tidak berkesempatan. Apatah lagi dengan ketiadaan peruntukan untuk berkursus sekarang ini. Saya sempat meluahkan pendapat dan saranan kepada beliau. Sebelum ini saya pernah mencadangkan agar pihak JPNJ dapat mengadakan kursus membina blog supaya guru-guru dapat melihat perjalanan kelas prasekolah di Johor dan berkongsi idea untuk meningkatkan martabat kelas prasekolah. Saya mencadangkan agar pihak JPNJ menyediakan bengkel permainan di masa akan datang di mana kita akan menyediakan template bahan, buku panduan dan merakamkan cara-cara permainan dijalankan. Semoga impian ini menjadi kenyataan. Kalau tidak berkesempatan juga, mungkin projek ini akan saya usahakan setelah semua modul siap. Doakan semoga saya beroleh semangat untuk terus berkarya demi kemajuan anak bangsa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Bahasa Melayu Mendengar cerita Mendengar puisi Mendengar perbualan Mendengar perbualan Bersoaljawab mengenai puisi dan cerita Me...
-
Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah (a) Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari. (b) Membantu guru membuat inve...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan