Rabu, April 23, 2008

Building A Tree Leaf by Leaf

Saya petik ini dari Kinderart. Menarik?

Submitted by: Sandi Kovach-Long

This is a project which can be adapted for a wide range of ages and abilities including adults with physical, perceptual and cognitive challenges.

The beauty of this project is that everyone can participate.

There is no pressure to "stay within the lines" as the leaves are cut-out and those who can use scissors can cut-out the leaves for those who are unable to.

click to enlarge Subject: Paper Sculpture, Arts & Crafts, Special Education, Gerontology
Grade: ALL
Age: ALL

Objectives:

  • Exploring overlapping
  • Mixing colors
  • Large group cooperation

What You Need:

click to enlarge

What You Do:

This is a large group project that can be accomplished by people with limited vision or motor skills.

I encouraged participants to start by making marks on the leaf outlines with marking pens and going back and coloring over these marks with crayons.

Staying in the lines is not necessary as leaves will be cut out.

The trunk is made from brown kraft paper (paper bags will work) and put on the wall with rolls of tape (make a loop sticky-side out & use as double-sided tape).

Cut-out the leafs and as a group decide where each one goes.

This tree can be HUGE. One of the trees we have created was about 10 feet tall! The one shown in the photographs is about 6 feet tall.

click to enlarge click to enlarge

Five Little Pumpkins



Saya menemui video klip yang menarik ini yang boleh dilakukan di kelas prasekolah. Pasti kanak-kanak suka aktiviti ini. Sebelum ini saya menyanyikan lagu aksi "Sepuluh Ekor Monyet". Memang riuh rendah suasana di kelas ketika itu. Ada kanak-kanak yang duduk menyorok di bawah meja, menyorok lari ke tandas dan menyorok di dapur. Anda ingin senikata puisi "Sepuluh Ekor Monyet"? Jom kita nyanyi bersama-sama.



Sepuluh ekor monyet
duduk di atas dahan
mengejek sang buaya
" Tak dapat makan, tak dapat makan"
lalu sang buaya
"shh...."
ngap...(
menangkap seorang kanak-kanak)

Tanya murid berapa ekor monyet yang tinggal. Ulang dengan bilangan 9 hingga ke angka 1. Selamat mencuba.

Pemilihan Peserta Kejohanan Olahraga Prasekolah 2008

Assalamualaikum
Selasa, 22 April 2008, saya dan pembantu pengurusan murid membuat pemilihan murid yang akan dibawa ke Kejohanan Olahraga Prasekolah di Stadium Bandar Penawar pada 8 Mei depan. Baru setengah jam mengadakan latihan, murid-murid sudah mengeluh kepenatan. Cuaca yang panas membuatkan mereka cepat sangat mengalah. Selepas latihan kami ke kantin sekolah untuk bersarapan. Dari pemilihan yang dibuat, saya dan pembantu membuat keputusan akan membawa hanya 5 peserta. Murid-murid saya ramai berbadan kecil manakala yang berbadan besar pula agak lembik. Kami akan membawa Ahmad Afif untuk balingan lelaki dan Fatin Nabila untuk acara perempuan. Manakala peserta larian pula, Mohd Fareez dan Mohd Nazim bagi acara 60m dan 80m. Peserta perempuan pula Athirah. Jom saksikan video klip yang sempat saya rakamkan sepanjang pagi tersebut.


Go girls go

Opps


Lari


Baling Bola

Khamis, April 17, 2008

Al Fatihah

Assalamualaikum
Saya telah menghadiri mesyuarat Pengurusan Prasekolah anjuran Jabatan Pelajaran Johor pada 14 hingga 17 April 2008 di Klebang Beach Resort. Pada hari Ahad, 13 April 2008, saya, Ain Nur Atirah (anak bongsu), Sabariah (adik), Izan dan Cikgu Ramlah telah menziarahi Cikgu Salmah Harun (guru prasekolah SK Bukit Lintang). Kami ke sana pada pukul 3.30 petang. Sebelum ini saya memang tidak sempat menziarahinya. Pada petang itu saya bercadang untuk mengambil gambar beliau tetapi memandangkan keadaan beliau yang tidak menutup sebahagian auratnya, saya batalkan niat tersebut. Sememangnya saya tidak memiliki walau sekeping pun gambar beliau sebelum ini. Di kesempatan itu saya mengambil peluang untuk memohon kemaafan andai ada kesilapan yang telah saya lakukan walaupun beliau telah tidak mampu untuk berkata-kata. Hanya linangan airmata yang muncul di tubir matanya. Sewaktu memegang tangannya, beliau seolah-olah tersentak. Mungkin beliau sedar kehadiran saya. Saya sempat mengajar beliau untuk mengucapkan kalimah syahadah beberapa kali. Mujur juga anak saya ada. Atirah mewakili saya untuk menyedekahkan surah Yaasin kepada beliau kerana saya tidak boleh membacanya atas sebab uzur syarie. Airmata saya menitis menatap wajahnya yang kurus dan tidak bermaya. Setiap kali mengajar kalimah suci itu di telinganya, setiap kali itu juga airmata saya bercucuran. Sebelum pulang sekali lagi saya membisikkan kata-kata kemaafan. Airmatanya meleleh di tubir mata.

Isnin, 14 April 2008 saya, Aminah, Zamri dan Siti Suraya bertolak ke Melaka. Sepanjang perjalanan saya ada menceritakan tentang keadaan Salmah. Entah kenapa tiba-tiba boleh mulut ini menyatakan... biarlah Allah memanggilnya pulang dari dia terus menderita. Saya tiba di Melaka kira-kira pukul 3.00 petang. Setelah berehat seketika, kami berempat keluar ke Bandar Hilir. Kami pulang ke bilik hampir ke pukul 6.30 petang. Sementara menunggu azan Maghrib, pada pukul 7.15 petang saya menerima panggilan dari adik yang menyatakan Salmah telah dijemput oleh Allah s.w.t pada pukul 7.00 petang tadi. Ketika itu tiada airmata yang menitis kerana saya merasakan bahawa itu tandanya Allah lebih menyayanginya. Selepas itu saya mengirimkan sms kepada Encik Abdul Ghani selaku pegawai yang bertanggungjawab menguruskan prasekolah daerah Kota Tinggi untuk memaklumkan berita sedih ini. Sepanjang malam, saya memaklumkan kepada rakan-rakan rapat. Cikgu Aminah turut menghantar sms kepada semua rakan-rakan yang mengenali Allahyarhamah. Pada malam itu selepas pukul 10.00 malam di mana taklimat berakhir, kami memaklumkan kepada semua peserta untuk menghadiahkan Al Fatihah kepada Allahyarhamah... Al Fatihah

frames


Mesyuarat Pengurusan Prasekolah Negeri Johor

Assalamualaikum.
Saya telah menghadiri Mesyuarat Pengurusan Prasekolah Negeri Johor pada :

Tarikh : 14 - 17 April 2008
Tempat : Klebang Beach Resort Melaka

Bersama ini saya kepilkan foto-foto sepanjang mesyuarat tersebut.


Lakonan Personal Touch


Senyum

Kami juga berkesempatan melawat ke Sekolah Kebangsaan Klebang Besar.

Papan tanda dan pintu masuk ke SK Klebang Besar.

Murid-murid prasekolah yang ceria.

Memerhatikan ketibaan rombongan kami.

Bersama rakan guru dari daerah Johor Bahru.

Barisan guru-guru ceria Johor Bahru.

Sekolah kedua kami lawati adalah Sekolah Kebangsaan Tengkera 2. ( gambar akan dimasukkan nanti)



Rabu, April 09, 2008

Sesi Penilaian dan Pengujian CD-ROM

Saya petik entri ini dari blog Puan Maznun (pengurus projek CD interaktif saya dari Dewan Bahasa dan Pustaka)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya maka selesai lah jua sesi penilaian dan pengujian CD-ROM projek mega saya nie.

Sesi penilaian dihadiri oleh Cikgu Fauziah, Cikgu Mazlan, Cikgu Wan Aliza dan Cikgu Aminah dan juga tenaga pembangun CD-ROM ini. Kami mendapat banyak maklumbalas dan cadangan dari semua yang terlibat, dan insyaAllah penambahbaikan akan dilakukan secepat mungkin sebelum ianya diterbitkan.

Hari kedua, kami (saya dan team pembangun) mengadakan sesi pengujian CD-ROM ini kepada murid-murid kesayangan Cikgu Fauziah dan juga murid kelas pemulihan. Sesi berjalan lancar walaupun pening kepala jugak melayan karenah budak-budak prasekolah nie. Nampaknya, mereka sangat teruja dan sangat berminat untuk mencuba semua aktiviti yang terdapat di dalam CD tersebut. Seperkara lagi yang saya lihat, ada sesetengah dari mereka yang pada mulanya takut-takut untuk memegang mouse komputer, tetapi oleh kerana keterujaan dan keseronokan melihat kawan-kawan mereka yang lain bermain, dalam masa yang singkat mereka berjaya menguasai mouse dan turut sama bermain seperti kawan-kawan mereka yang lain.Walaubagaimanapun, kami semua masih dapat melihat beberapa kelemahan yang harus diatasi. Kami juga dapat mengenalpasti beberapa aspek yang harus diubahsuai demi kebaikan adik-adik saya ini.Saya secara peribadinya merasa sangat gembira apabila melihat adik-adik saya ni belajar dengan gembira, menyanyi bersama-sama menggunakan produk hasilan kami semua. Team pembangun juga nampak seronok dan sangat teruja melihat reaksi mereka semua. Sukar saya hendak menggambarkan perasaan ini dengan kata-kata, tetapi setulusnya saya rasa amat gembira apabila mereka boleh mengeja "mata", "kaki" , membaca , mengira, menyanyi, membuat patung kertas, membuat buku mini : semuanya menggunakan produk ini. Saya bersyukur kerana sumbangan yang tidak seberapa ini dapat membantu adik-adik saya belajar.

Aku bersyukur pada Mu, Tuhan. Terima kasih...
P/S : gambar-gambar lain saya letakkan dalam fotopages saya. Beserta entry yang lengkap. Baca kat sana ok..

Nota dari saya:
Saya juga berasa sangat gembira dengan kehadiran Puan Maznun dan kakitangannya ke kelas saya. Pengujian CD ini memang menyeronokkan walaupun saya terpaksa menghabiskan masa sehari suntuk di bilik akses komputer. Melihat kepada respon murid-murid saya dan murid-murid KIA2M saya dapat merasakan CD ini kelak akan dapat membantu serba sedikit kanak-kanak di negara ini belajar dengan seronok. Apa yang mengejutkan saya, Puan Maznun dan team pada hari itu seorang murid saya dapat mengingat lirik lagu yang saya cipta dan mendendangkannya secara spontan. Alhamdulillah.

Komputer Meragam.

Assalamualaikum.
Sudah lama saya tidak online kerana komputer di rumah terpaksa dihantar ke kedai untuk dibaiki. Terlalu banyak virus yang ada dalam komputer saya tu sehingga beberapa komponen yang ada cair. Eh betulkah ni? Mungkin komputer saya terlalu panas agaknya sebab tu ada komponennya yang sudah cair. Susah juga bila tidak boleh akses ke internet beberapa hari. Sebenarnya banyak kerja-kerja di blog ini saya lakukan di rumah kerana di pusat akses sekolah, laman blogspot disekat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Tugas-tugas di blog ini saya lakukan untuk kepuasan sendiri dan untuk merakam setiap apa yang berlaku di kelas saya. Tiada bantuan kewangan walau 1 sen pun dari pihak sekolah atau mana-mana pihak. Apa yang saya lakukan adalah atas rasa seronok memiliki laman blog yang boleh saya pamerkan wajah-wajah murid-murid kesayangan saya. Kini saya giat mempromosi blog ini setiap kali menghantar sms kepada rakan-rakan.

Saya sering ditanya oleh pelajar-pelajar yang sedang mendalami bidang pendidikan awal kanak-kanak (PPAK). Adakalanya saya akan cuba menjawab soalan-soalan yang dikemukakan setakat yang termampu. Seandainya saya tidak dapat memberi respon kepada soalan anda, saya harap anda akan cuba mendapatkan semua maklumat itu di Perpustakaan Utama Universiti Malaya di mana saya pernah melanjutkan pelajaran di sana pada tahun 1997-1999. Kami merupakan pelajar perintis bagi program prasekolah di Malaysia. Pada pandangan saya dan berbekalkan pengalaman yang pernah dilalui dahulu, banyak bahan-bahan prasekolah boleh anda dapati di situ. Malangnya mereka terdiri dari buku-buku dan jurnal yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Bak kata orang dulu kala, kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya. Bagi adik-adik pelajar PPAK, silalah rujuk ke sana. Kalau dulu, saya akan menghabiskan masa sehari suntuk di situ untuk mencari bahan-bahan. Kalau boleh rasanya saya ingin tidur di perpustakaan. Saya sangat seronok berada di situ. Bagi saya buku adalah teman paling setia. Berbekalkan separuh gaji waktu itu (hanya RM300)saya terpaksa survive...tiada handphone, tiada makanan yang enak-enak. Saya hanya makan sekali sehari kerana wang perlu dibelanjakan dengan bijak (saya memiliki 4 orang anak yang masih kecil waktu itu dan suami pula terpaksa menanggung pelajaran adik-adiknya seramai 4 orang dengan gaji guru yang berkelulusan SPM)Waktu saya dipenuhkan dengan mentelaah di perpustakaan dan di rumah sewa menaip kerja kursus kawan-kawan untuk menampung hidup seharian. Bagi anda yang masih bergantung kepada bantuan ibu bapa, nasihat saya dapatkan markah yang terbaik. Saya yakin anda mampu kerana anda masih muda berbanding saya yang belajar di usia senja. Apapun saya tetap bersyukur kerana rakan-rakan sekelas saya yang rata-rata guru tua mampu mencapai kejayaan cemerlang...90% telah memperoleh ijazah Second Class Upper dengan Kepujian. Anda pula bagaimana? Selamat berjuang

Worksheets