Sabtu, Mei 17, 2008

Persembahan Hari Guru



Inilah persembahan murid-murid saya. Persiapan yang dibuat sangat singkat sebab saya baru tahu pada hari Isnin dan Jumaat 16 Mei pula adalah hari persembahannya sempena Hari Guru. Kostum pun dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Mujur saya sering mencari bahan-bahan di internet. Dapatlah juga idea bagaimana hendak membuatnya. Memandangkan kesuntukan masa, saya hanya melukis corak rama-rama di kain dan menjahit sedikit tampalan pada kain yang berwarna gelap memandangkan corak yang dibuat tidak jelas dilihat. Saya cuba sedaya upaya mengurangkan kos pembuatan dengan membeli kain-kain yang berharga RM2 semeter. Oleh itu kain jersey menjadi pilihan. Selepas ini saya bercadang untuk membuat koleksi kostum untuk murid-murid saya. Ada juga saya membeli beberapa buah buku berbahasa Cina untuk dijadikan rujukan. Yakah bahasa Cina? Entahlah saya tidak pasti sebab saya tidak faham apa yang ditulis. Yang pasti buku itu diterbitkan di Taiwan. Mungkin bahasa Taiwan kot? Saya seronok mencari bahan-bahan sebegini apabila berpeluang ke Johor Bahru. Ada sebuah kedai buku yang saya tahu di mana buku-buku berkaitan seni dijual. Memang pelik sebab bila saya ke kedai buku itu, ramai pembeli berbangsa Cina asyik memerhatikan saya memilih buku-buku di ruangan tersebut.

- bergambar ramai sebagai kenangan -

- Bersedia sebelum naik ke pentas -

- Nor Aina Haziqah -

- Nurfatin Nabila -

- Nur Athirah Izzati -

Tiada ulasan:

Worksheets