Khamis, Mei 15, 2008

Hari Guru

Esok sambutan Hari Guru akan diadakan di semua sekolah seluruh negara. Kelas prasekolah SKDUA akan membuat persembahan untuk sambutan hari tersebut. Sejak awal minggu ini kami berlatih untuk menyanyi lagu yang berjudul "Rama-rama". Saya telah menyediakan kostum yang akan dipakai pada pagi esok sejak semalam. Sebaik balik dari sekolah, saya ke kedai kain untuk membeli kain jersey dan ke kedai bunga untuk mencari bahan yang boleh dibuat sesungut. Kemudian ke kedai buku untuk membeli pen yang boleh digunakan untuk membuat lakaran pada kain yang telah dibeli.

Mana gambar kostum itu? Nantilah esok akan saya masukkan di sini sebab ianya masih dalam proses jahitan. Saya bukan pakar menjahit, oleh itu saya membuat seberapa yang saya mampu. Kalau bab melukis ni kira ok la... setakat nak melukis lakaran kepak rama-rama. Sama-samalah kita tunggu hasil kerja tangan saya itu. InsyaAllah esok saya akan masukkan gambar-gambar kostum itu dan video murid-murid yang mengambil bahagian. Alahai tidak sabar rasanya untuk menunggu hasil usaha kami selama seminggu ini.

Kepada semua bekas guru saya, rakan-rakan setugas di SKDUA, rakan-rakan guru prasekolah seluruh Johor, rakan-rakan guru seluruh negara, saya dan murid-murid kelas prasekolah SKDUA ingin merakamkan ucapan ini:



Terima kasih atas segala tunjuk ajar cikgu...

Tiada ulasan:

Worksheets