Saya suka blog ini

Sabtu, Mei 10, 2008

Lawatan Kerja Guru-guru Prasekolah Zon Yong Peng

Assalamualaikum.
Hari ini rombongan guru-guru prasekolah Zon Yong Peng dari daerah Batu Pahat telah melawat ke kelas prasekolah SKDUA. Rombongan seramai 40 orang itu sebelum ini telah ke SK Muzaffar Shah. Mereka tiba pada pukul 12.30 tengahari dengan diiringi oleh Encik Abdul Ghani bin Ismail, Penyelia Sekolah Rendah, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi. Memandangkan Guru Besar, Tuan Hj Ali bin Jaafar ke Kuala Lumpur atas urusan peribadi, tempat beliau telah diambil alih oleh Puan Zainab Moin, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dengan dibantu oleh Puan Norhana Mahmud, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Puan Zainab telah menyampaikan ucapan alu-aluan bagi pihak Guru Besar. Beliau turut menyampaikan salam takzim Guru Besar. Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Abdul Ghani dan seterusnya oleh Puan Hjh Zulaikha bt Pardi, ketua rombongan. Saya turut menyampaikan penerangan ringkas tentang sejarah kelas prasekolah dan pelaksanaan P&P. Adalah diharapkan dengan lawatan ini, guru-guru prasekolah Zon Yong Peng dapat memanfaatkan apa yang telah saya lakukan di kelas untuk pendidikan anak bangsa. Kepada mereka saya ucapkan terima kasih di atas kesudian melawat ke kelas saya yang masih dalam proses penambahbaikan ini. Terima kasih daun keladi...


0 ulasan: