Selasa, Februari 10, 2009

Mentol Sudah Menyala

http://www.gfn.com/sowhatsyourpoint/wp-content/uploads/2008/09/great_idea.jpg
Hari ini saya sudah boleh senyum lebar sebab tengah hari tadi akhirnya dapat juga menyerahkan kertas cadangan Kajian Tindakan yang dikehendaki oleh sekolah. Tentang apa ya? Kajian tentang cara meningkatkan pencapaian kanak-kanak dalam mengenal abjad dan sukukata. Sekarang ini saya sedang menyiapkan bahan-bahan yang boleh digunakan. Dalam pada itu saya juga telah berjaya menghasilkan koleksi lagu-lagu kanak-kanak yang telah pun di"bakar" dalam cakera padat. Ada yang hendakkah? Nantilah akan saya masukkan dalam pakej ketiga siri CD lembaran kerja saya. Biar saya uji semua lagu-lagu itu di sekolah dahulu. Setakat ini nampaknya ada kejayaan bila ujikaji dijalankan. Jangan risau bagi anda yang berminat sila ikuti blog saya dari masa ke semasa untuk berita selanjutnya. Cewah... macam ramai saja bunyinya peminat blog saya ini ya. Hahaha...perasan sekejap tidak mengapakan? Saya sebenarnya malam ini semakin teruja kerana ada di kalangan rakan saya telah dilantik sebagai guru cemerlang prasekolah khabarnya walau baru setahun mengajar!... Eh... siapa itu? Biarlah rahsia. Saya ada cuba memohonnya tahun lepas tetapi bila diumumkan kenaikan ke gred DG44 yang sememangnya saya layak (lulus PTK kali pertama, berkhidmat dalam DG29 selama 10 tahun dan DG41 selama 9 tahun), borang itu saya simpan sahaja di kelas. Ada yang mencadangkan saya memohon Guru Penolong Kanan... tapi kurenglah minatnya ke situ. Saya lebih seronok di kelas sahaja dan tidak berangan pun untuk menjawat jawatan Guru Besar. Harap selepas dapat DG44 kelak, khabarnya dalam berita malam ini selepas 3 tahun boleh ke gred DG48... baru nak mohon guru pakar kot. Eh... layakkah? Kalau guru yang baru 1 tahun mengajar prasekolah boleh dapat guru pakar, takkanlah tak boleh ya tak? Cuba sahajalah. Manalah tahu tuah ayam nampak di kaki...tuah saya nampak di blog kot? Hahaha....memang bertuah pun sebab di sini saya dapat ramai kawan yang memberikan perangsang buat saya terus mencari idea-idea baru. Memang bestlah soalan-soalan korang yang masuk ke email saya itu. Hari-hari saya akan mengadap komputer....hai macam orang menagih pula jadinya. OKlah saya nak siapkan kerja yang tergendala tadi. Adios... jumpa lagi... he...he...he... sekadar nak bagi tahu korang je yang saya dah dapat idea kajian tindakan itu. Tata...

Kisah Hari Ini

Assalamualaikum
Hari ini murid saya menyanyikan lagu Rain, Rain Go Away di kelas. Pada peringkat awal saya memperkenalkan ahli keluarga sambil mengira sambil menyanyi. Saya menjalankan sesi pengajaran dengan menggunakan dwi bahasa. Saya turut memberikan maksud lagu. Kanak-kanak seronok menyanyi beramai-ramai. Kemudian saya menuliskan perkataan father, mother, sister, brother dan baby di papan putih. Saya turut melukis gambar-gambar bagi setiap ahli keluarga tersebut. Lagu akan diulang dengan ahli-ahli yang ada dalam keluarga. Setelah selesai menyanyi mereka melukis gambar ahli keluarga dan perkataan yang ditunjukkan di papan putih. Akhir sekali saya menampal senikata lagu di bawah kertas lukisan mereka untuk dipraktikkan di rumah bersama ibu bapa. Saya turut menampal senikata lagu di luar kelas untuk kanak-kanak mudah melihatnya di awal pagi sewaktu meletakkan kasut di rak yang ada di situ. Apa yang membuatkan saya puas hati ialah apabila semua kanak-kanak berjaya mengenal kedudukan ahli keluarga menggunakan Bahasa Inggeris. Walaupun sebutan senikata lagu tidak berapa fasih namun mereka boleh menyebut perkataan father, mother, sister, brother dan baby secara betul. Seronoknya 100% objektif pengajaran saya hari ini berjaya.

10 Feb 09, 17:30
cikkiut: leh k.g bg senikata lagu rain2 go away 2?...x dpt tangkap la dia sebut ape...hehe...

OK di sini disertakan senikatanya....

RAIN, RAIN GO AWAY
Rains, rain go away
Come again another day
(father, mother, sister, brother, baby ...pilih salah satu ) wants to play
Rains, rain go away.

Isnin, Februari 09, 2009

Rain, Rain, Go Away

Lagu ini sesuai untuk tema Keluarga. Ianya mudah diikuti. Ayuh kita nyanyikan di kelas.

Ahad, Februari 08, 2009

Demam Selsema

Sejak Isnin minggu lepas demam selsema menyerang kami sekeluarga. Saya berjaya ditawan oleh virus ini mulai semalam dan hari ini saya masih demam. Blog tetap ditatap cuma tidak keraplah macam biasa.

http://www.illustrationsof.com/images/clipart/xsmall2/9456_sick_woman_with_the_flu_walking_around_with_a_runny_nose_and_tissues.jpg





Khamis, Februari 05, 2009

Kajian Tindakan

Assalamualaikum
Hari ini saya dapat surat yang meminta saya menyiapkan kertas proposal kajian tindakan untuk kelas prasekolah. Ia mesti dihantar sebelum 12 Februari 2009. Aduh macam nak pecah kepala memikirkan apa yang perlu dibuat. Semasa di universiti dulu saya tidak membuat thesis tetapi kami semua dikehendaki menjalankan praktikum. Aduh!.... nak buat apa ya? Tolong kepala hamba tengah bengang ni. Mentol tak juga menyala ni... Kalau bos baca entri ni boleh tak saya dikecualikan? Please.... Badan rasa macam nak demam ni.

http://school.discoveryeducation.com/clipart/images/thinkingcapwhoa.gif

Rabu, Februari 04, 2009

Keluarga

Assalamualaikum
Minggu ini temanya ialah Keluarga. Kanak-kanak melukis gambar keluarga masing-masing. Biasanya kanak-kanak akan memberi alasan mereka tidak tahu melukis. Alahai... takkanlah cikgu kena lukiskan satu persatu. Ada yang suka melukis di meja dan ramai juga yang suka melukis di lantai sambil meniarap. Apa yang penting kerja beres.

Kerja sambil menonggeng pun jadi.

Sofea (6 tahun) sedang berfikir gambar siapa yang patut dilukis lagi.

Nadzirul, Amirullah dan Quzairy sedang menyiapkan tugasan mereka

Harith (6 tahun) tekun melukis

Walaupun temanya keluarga, saya masih mengulang tentang anggota badan. Ia sebagai pengukuhan. Lucu juga bila saya menyatakan yang saya mahu murid-murid membuat persembahan di dataran kejat sewaktu perhimpunan mingguan. Mereka sangat teruja sekali. InsyaAllah saya akan minta guru bertugas mingguan untuk membenarkan murid-murid saya mempersembahkan bakat mereka kelak. Lagu yang mereka nyanyikan adalah:

Put your hand up
Put your hand down
Put your hand up
And shake, shake, shake.

This is my eyes,
This is my nose
This is my mouth
And yum, yum, yum.


Isnin, Februari 02, 2009

Berita Gembira

Assalamualaikum
Hari ini saya dan suami mendapat berita yang paling menggembirakan. Alhamdulillah. Usaha kami selama ini bakal diterbitkan. Sebagai permulaan CD interaktif berjudul Diri Saya bakal menemui anda semua dalam masa terdekat. Sesi pengujian telah pun dijalankan di kelas saya pada tahun lepas. Saya mengharapkan agar CD ini kelak dapat membantu guru-guru dan kanak-kanak untuk belajar dan mengajar dengan lebih seronok. Tunggu....

Worksheets