Ahad, November 24, 2019

Classroom organization

Di awal perkhidmatan dulu 1987, saya suka mengumpul kotak dan bekas kerepek untuk dikitar semula di kelas. Maklumlah waktu itu memang tidak ada peruntukan di kelas. Kena bijak menggunakan apa sahaja yang ada untuk dijadikan bahan yang boleh digunakan murid-murid. Ada kalanya saya meminta murid-murid membawa bekas terpakai dari rumah. Maklumlah saya mengajar di pedalaman. Untuk ke bandar mencari bahan sokongan amat sukar kerana tidak punya kenderaan sendiri. Saya ke bandar sebulan sekali je. Lagipun waktu itu gaji hanyalah RM345 sebulan. Sekolah pula tidak memberi sebarang peruntukan tetapi kemenjadian murid sangat diutamakan. Makanya kenalah perah otak untuk membantu proses pengajaran murid. Sedih tau sebab gaji ciput begitu. Namun cukup untuk orang bujang yang tak punya kereta. Niat untuk mendidik anak bangsa sangat membara. 

Hari ini gambar begini menggamit memori. Membuat kitar semula bahan terpakai. Kini 5 tahun sudah berlalu kerana saya sudah bersara dari menjadi seorang guru. Tapi minat untuk berkongsi pengalaman sentiasa mekar di hati. Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua. 




























Tiada ulasan:

Worksheets