Rabu, Ogos 17, 2011

MESYUARAT PENYEDIAAN BAHAN KARNIVAL PRASEKOLAH

MESYUARAT PENYEDIAAN BAHAN

KARNIVAL PRASEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI 2011

Tarikh : 17 Ogos 2011 ( Rabu )

Masa : 2.00 petang

Tempat : Makmal Komputer SK Datuk Usman Awang

Kehadiran:

1. Tuan Hj Hasrin bin A.Samad – Penolong PPD Prasekolah/Permata

2. Tuan Hj Ali bin Jaafar – Pengerusi Panitia Prasekolah Daerah Kota Tinggi / Guru Besar SK Datuk Usman Awang

3. Puan Fauziah bt A.Rahim – Setiausaha Panitia Prasekolah Daerah Kota Tinggi / Guru Cemerlang Prasekolah SK Datuk Usman Awang.

4. Puan Aminah bt Hj Nawas – Guru Prasekolah SK Tun Dr Syed Nasir

5. Puan Zanariah bt Nasir – Guru Prasekolah SK Mawai

6. Puan Miskiah bt Asserah – Guru Prasekolah SK Muzaffar Shah

7. Cik Aflaahkun Nisak bt Sukimi – Guru Prasekolah SK Seri Saujana

Agenda:

1. Ucapan Pengerusi Panitia Prasekolah Daerah Kota Tinggi

1.1 Mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat.

1.2 Menerangkan 3 aktiviti yang akan dilaksanakan – Bijak Prasekolah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

1.3 Lokasi pertandingan akan diadakan di SK Datuk Usman Awang – Dewan Seri Mutiara dan Dewan Seri Nilam

1.4 6 stesen akan diwujudkan. Stesen 2 akan dibuat di dalam bilik darjah – Tahun 1, Tahun 4 dan Makmal Sains.

1.5 Bijak Matematik dan menulis ayat mudah akan dibuat dalam bentuk ujian yang akan di adakan di kelas yang bakal ditetapkan..

1.6 Menyusun huruf menjadi perkataan hanya menggunakan kata dasar sahaja. Ada 4 tahap soalan iaitu membina ayat menggunakan 3, 4, 5 dan 6 perkataan. Setiapnya mengandungi 5 soalan dan dibuat mengikut warna.

Tindakan : Semua AJK Panel Penyediaan Bahan

2. Penyediaan bahan

2.1 Untuk stesen 1, papan flannel diperlukan sebanyak 6 buah.

2.2 Huruf-huruf dipotong ikut warna ( Bahasa Melayu- putih ), (Bahasa Inggeris – biru muda)

2.3 Mengandungi huruf vokal – 30 keping , konsonan – 15 keping kad bagi setiap abjad.

2.4 Bengkel akan diadakan dengan melibatkan guru-guru prasekolah Zon Bandar, zon Air Tawar dan Sedili pada 13 September 2011. Semua guru dan Pembantu Pengurusan Murid akan terlibat. Program akan diadakan di SK Tun Dr Syed Nasir.

2.5 Senarai peralatan yang perlu dibawa semasa bengkel adalah hot glue gun, gunting, plastik laminate, pisau, alatulis, komputer riba dan pencetak.

Tindakan : Hj Hasrin A. Samad dan guru-guru yang terlibat.

3. Hakim

3.1 18 orang hakim bakal terlibat dengan pertandingan yang akan berlangsung.

3.2 Stesen 1 Bahasa Inggeris – (Ketua ) Puan Zaiton bt Omar – Guru Cemerlang Bahasa Inggeris SK Taman Kota Jaya dengan dibantu oleh Puan Robak Iyah bt Isa – Guru Prasekolah SK Bandar Mas.

3.3 Stesen 1 Bahasa Melayu – (Ketua ) Puan Miskiah bt Asserah - Guru Prasekolah SK Muzaffar Shah dengan dibantu oleh Puan Siti Suraya bt Mokhtar – Guru Prasekolah SK Pasir Gogok.

3.4 Stesen 2 Bahasa Inggeris – (Ketua) Guru Bahasa Inggeris SK Seri Saujana dengan dibantu oleh Cik Aflaakhun Nisak bt Sukimi – Guru Prasekolah SK Seri Saujana.

3.5 Stesen 3 Bahasa Inggeris – (Ketua) Puan Norizam bt Mubin – Guru Bahasa Inggeris SK Datuk Usman Awang dengan dibantu oleh Puan Zanariah bt Nasir – Guru Prasekolah SK Mawai.

3.6 Stesen 3 Bahasa Melayu – (Ketua) Encik Samsul bin Wahab – Guru Prasekolah SK Sungai Papan dengan dibantu oleh Encik Hamidon bin Mohd Salleh – Guru Prasekolah SK Panchor.

3.7 Stesen 4 Bahasa Inggeris – (Ketua) Encik Mohd Fikry bin Zahry – Guru Bahasa Inggeris SK Tun Dr Syed Nasir dengan dibantu oleh Puan Umi Kalsom bt Samsi – Guru Prasekolah SK LKTP Air Tawar 1.

3.8 Stesen 4 Bahasa Melayu – (Ketua)Puan Aminah bt Nawas – Guru Prasekolah SK Tun Dr Syed Nasir dengan dibantu oleh Puan Latifah bt A Jalil- Guru Prasekolah SK Pusat Bandar Lok Heng.

3.9 Stesen 5 Matematik – (Ketua ) Puan Fauziah bt A.Rahim –Guru Prasekolah SK Datuk Usman Awang dengan dibantu oleh Puan Norlidyana bt Surbani – Guru Prasekolah SK Sri Perani.

3.10 Puan Fauziah bt A.Rahim – Guru Prasekolah SK Datuk Usman Awang akan bertindak sebagai penyelaras /mastermind di sepanjang pertandingan dilaksanakan.

Tindakan : Semua AJK yang terlibat

4. Hal-hal lain

4.1 Semua guru bersetuju bengkel diadakan di SK Tun Dr Syed Nasir pada 13 September 2011 kerana semua kelas prasekolah akan bercuti kerana peperiksaan UPSR.

4.2 Pembantu Pengurusan Murid akan dilibatkan sama semasa bengkel.

4.3 Puan Zanariah bt Nasir dilantik sebagai penyelaras pembelian bahan-bahan yang bakal digunakan semasa program dijalankan.

4.4 Puan Fauziah bt A.Rahim akan berusaha mendapatkan skema penghakiman dan syarat-syarat pertandingan dari Jabatan Pelajaran Selangor.

Tindakan : Semua AJK terlibat

5. Ucapan penutupan mesyuarat oleh Tuan Hj Hasrin bin A.Samad

5.1 Mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

5.2 Mengharapkan program akan berjalan dengan lancar.

Tindakan : Makluman.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang

Disediakan oleh: Disemak oleh:




(FAUZIAH BT A.RAHIM) (HJ ALI BIN JAAFAR)

Setiausaha Pengerusi

Panitia Prasekolah Daerah Kota Tinggi. Panitia Prasekolah Daerah Kota Tinggi.

Tiada ulasan:

Worksheets