Inilah kad imbasan versi jimat dakwat. Kad imbasan begini sebenarnya sangat mengujakan kanak-kanak untuk mencuba atau menggunakannya. Kad begini membantu kanak-kanak mengira dengan cara yang menyeronokkan. Mereka boleh membuat kuiz dengan menggunakan kad ini kerana di belakang kad akan menunjukkan jawapan. Jadi apa tunggu lagi... jom kita sama-sama membuatnya kerana caranya sangat mudah.
Cetak gambar asas dengan menggunakan kertas warna hijau atau kertas yang anda sukan.Cetak bahagian yang akan ditampal pada badan katak menggunakan kertas kuning.
Warnakan tompok-tompok di badan katak dengan menggunakan krayon.
Tampal kertas operasi tambah pada badan katak. Gunting bahagian yang menunjukkan operasi tambah dan jawapan. Lekatkan dikedua-dua belah badan katak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan