Saya suka blog ini

Jumaat, Jun 24, 2011

Kad Huruf Titik Pooh

Assalamualaikum
Lama juga tidak menulis di ruangan ini. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini saya lebih seronok berada di laman sesawang Facebook. Kumpulan Preschool Shoppe yang saya tubuhkan sejak Mac 2011 sehingga ke saat entri ini ditulis telah mencatatkan sejumlah 2811 ahli berdaftar . Di sini jugalah saya membantu sedikit sebanyak rakan-rakan guru untuk membina bahan bantu mengajar mereka sendiri di samping menjana pendapatan yang boleh digunakan di kelas masing-masing. Sila klik gambar untuk ke pautan laman tersebut.

Hari ini saya telah cuba menyediakan cara-cara membina kad huruf titik yang tidak memerlukan dakwat berwarna. Maklumlah warna pencetak sekarang ini agak mahal. Bahan ini bukan sahaja memberikan kepuasan kepada guru, tetapi mendidik jiwa guru untuk sabar dan tekun membuat bahan berkenaan,

Langkah 1:
Cetak gambar Pooh pada kertas berwarna jingga.


Langkah 2:
Cetak bahagian baju Pooh menggunakan kertas berwarna biru. Cetak juga bahagian topi menggunakan kertas berwarna merah.



Langkah 3:
Gunting bahagian-bahagian baju dan topi. Tampal pada kertas asas berwarna jingga tadi. Maka terhasillah kad secomel ini. Laminate bahan ini supaya boleh digunakan berulangkali. Anda hanya perlu menyediakan whiteboard marker dan pemadam. Latih anak-anak seawal usia 3 tahun untuk menulis huruf-huruf titik ini. Anda boleh pelbagaikan gambar dengan menggunakan gambar yang anak-anak suka.


Untuk mendapatkan template di atas sila klik di sini. Percuma... hadiah buat pembaca blog ini.

Selamat mencuba.

3 ulasan:

SITI MARLIYANA LATIP berkata...

idea yg sgt kreatif!tq..:-)

Fauziah berkata...

idea yg biasa2 je.. sekadar membantu rakan-rakan

Fauziah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.