Lama juga tidak menulis di sini. Saya agak sibuk kebelakangan ini apatah lagi sesi persekolahan pun sudah hampir sampai ke penghujung tahun. Pada 10 November 2010 saya telah dihubungi oleh Puan Maznun Arifa selaku pengurus projek cd interaktif Cerlang Minda Prasekolah. Beliau telah memaklumkan dan meminta persetujuan saya untuk diwawancara oleh krew webtv Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya agak terkejut di peringkat awal kerana projek kami sudah 4 tahun berlalu. Bahan-bahan catatan skrip entah ke mana saya simpan kerana rumah saya telah dilanda banjir. Jadi terpaksalah mencari bahan-bahan lain untuk dijadikan sumber. Mujur bahan-bahan yang telah siap telah saya cetak terlebih dahulu.
Tak perlu panjang lebar... jom tengok sesi pertama proses rakaman dijalankan. Lokasinya di rumah baru saya di kampung.
Tak perlu panjang lebar... jom tengok sesi pertama proses rakaman dijalankan. Lokasinya di rumah baru saya di kampung.















Tiada ulasan:
Catat Ulasan