Rabu, Jun 09, 2010

Cara Membuka CD Cerlang Minda Prasekolah Diri Saya

Langkah 1: Paparan ini akan kelihatan sebaik sahaja cd dimasukkan ke pemacu cakera padat.

Langkah 2: Di pemacu cakera anda akan melihat keseluruhan file utama yang terdapat di dalam cd.


Langkah 3: Klik pada ikon Main.

Langkah 4: Anda akan melihat paparan file yang ada di dalam file Main. Klik pada ikon "start"

Langkah 5: Paparan berikut akan keluar dan anda akan dapat mendengar lagu tema siri Cerlang Minda Prasekolah. Sekiranya ingin melangkau hanya klik pada ikon "Langkau" di bahagian bawah kanan skrin komputer.

Langkah 6: Paparan utama akan muncul. Klik pada ikon Masuk.

Langkah 7: Klik pada ikon Tidak kerana anda baru sahaja membuka cd ini. Ikon Ya hanya diklik bila anda ingin menyambung aktiviti di mana anda telah membukanya terlebih dahulu.

Langkah 8: Paparan menu utama di mana anda boleh memilih aktiviti yang ingin anda lakukan bersama anak-anak / murid-murid.

Langkah 9: Klik pada ikon Keluar jika anda ingin menamatkan aktiviti.

Langkah 10: Inilah paparan akhir perisian ini. Mereka yang tertera namanya di sini merupakan insan-insan yang telah banyak membantu saya menyiapkan projek ini.

Nota:
Kepada rakan-rakan / ibu bapa yang berminat untuk mendapatkan cd ini yang sesuai dengan umur kanak-kanak seawal 3 hingga 9 tahun bolehlah menghubungi saya:

Telefon: 019 7556032

Email: fauziah.arahim@gmail.com.

Harga : RM29 termasuk kos pos

Bank : Maybank 1010 7545 0308

Bukti pembayaran boleh diemail ke alamat email di atas atau menghantar mms ke talian yang tertera. Sila berikan nama dan alamat penuh anda. Terima kasih atas sokongan anda semua.


Tiada ulasan:

Worksheets