Assalamualaikum
Kepada semua pembaca blog ini, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan CD lembaran kerja sebagaimana entri terdahulu, sila email kepada saya di :
Sehingga kini saya sudah berjaya menyiapkan 5 CD bertema beserta panduan penggunaan CD:
a. Haiwan Liar (1)
b. Haiwan Liar (2)
c. Haiwan Air
d. Haiwan Jinak
e. Buah-buahan
Setiap tema mengandungi latihan:
a. Bahasa Melayu
b. Bahasa Inggeris
c. Matematik
d. MS Power Point
e. Kad gambar
f. Aktiviti Kreativiti dan estetika
g. Koleksi gambar sebenar
Saya sebolehnya menyediakan semua latihan berpandukan huraian sukatan kurikulum prasekolah. Itulah sebab kenapa hanya satu tema sahaja dimuatkan dalam satu CD. Soalan latihan banyak memerlukan gambar-gambar yang pastinya membuatkan kapasiti CD sehingga mencecah 650MB. Bagi tema haiwan liar, ianya dijadikan dua CD kerana isi kandung bahan yang banyak. Biasanya tema haiwan liar akan diajar selama 2 minggu. Setiap latihan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik jika dicetak akan mencecah 16mm tebalnya jika menggunakan kertas 80 gsm. Saya mengenakan bayaran pos sebanyak RM5.00. Setiap CD dijual dengan harga RM6.00 sahaja kerana ianya lebih berkonsep perkongsian ilmu. Semua ini saya lakukan untuk mendokumentasikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Perkongsian ilmu sambil beramal ini diharapkan akan turut membantu anda meningkatkan mutu pengajaran. Anda boleh memasukkan wang ke akaun Maybank 101075450308 (Fauziah A.Rahim) Sekurang-kurangnya dengan penjualan bahan ini akan dapat menampung kos yang telah saya belanjakan untuk menaiktaraf kelas prasekolah saya.
Sila email maklumat anda selengkapnya yang mengandungi:
a. Nama penuh
b. Alamat tetap
c. Nombor telefon
Sekiranya anda telah membuat bayaran, sila maklumkan kepada saya dengan mengirimkan sms ke nombor 014 2785668 bukti pembayaran iaitu tarikh dan masa urusan bank dibuat kerana saya akan membuat semakan di Maybank2u.
Dari masa ke semasa saya akan menambah latihan bertema ini sehingga selengkap mungkin dan maklumat terkini akan disiarkan di blog ini. Selamat mengajar.
Rabu, Jun 25, 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Bahasa Melayu Mendengar cerita Mendengar puisi Mendengar perbualan Mendengar perbualan Bersoaljawab mengenai puisi dan cerita Me...
-
Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah (a) Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari. (b) Membantu guru membuat inve...
1 ulasan:
Tahniah Cik Fauziah Rahim atas kelahiran blog anda ini. Ternyata banyak info yang dapat saya pelajari dari blog anda ini. Kebetulan saya juga berminat dengan prasekolah ini meskipun saya bukan ahli dalam pendidikan awal kanak-kanak ini.
Selamat berjaya dan teruskan usaha...
Catat Ulasan