Jamuan Hari Raya tahun ini merupakan majlis pertama yang diadakan pada hari sekolah kerana pada tahun-tahun sebelum ini bulan Syawal jatuh pada cuti persekolahan. Semua guru telah dijemput ke kelas untuk menikmati juadah yang dibawa dan disediakan oleh murid prasekolah. Acara kecil-kecilan ini berlangsung dengan meriah sekali. Penekanan diberi berdasarkan nilai murni dan mendidik kanak-kanak untuk berkomunikasi dan bersosialisasi di kalangan rakan-guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan