Saya suka blog ini

Ahad, Februari 03, 2008

Bahan Bantu Mengajar

Assalamualaikum
Saya sering dihujani dengan soalan tentang penyediaan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan murid-murid prasekolah. Ramai rakan guru sering bertanya apakah sumber rujukan saya setiap kali bertemu semasa berkursus. Sebenarnya saya banyak menghubungi www.teachercreated.com untuk membeli buku-buku rujukan prasekolah secara online. Tuntut pada sekolah? Oh tidak. Buku-buku ini saya beli sendiri dan gunakannya di kelas. Apa yang anda perlu ada adalah duit plastik. Duit plastik? Kad kreditlah. Lihat ini...


Ianya saya petik dari halaman contoh yang ada di sebuah buku yang terdapat di laman web ini. Menarik bukan? Anda pasti teruja untuk memiliki buku-buku yang cantik ilustrasinya. Ia dijual dalam bentuk buku dan e-buku. Masalahnya adalah harga. Buku ini harganya USD24.90. Darablah dengan matawang Malaysia sebanyak RM3.80. Itu belum lagi dikira caj yang dikenakan oleh bank. Alahai!... Adakala terfikir juga untuk membuat tuntutan dengan sekolah. Manalah tahan poket untuk membeli kesemua buku-buku yang ada dengan harga yang begitu tinggi. Masalahnya di sini adakah Guru Besar akan bersetuju? Fikir-fikirkanlah. Alangkah baiknya kalau ada buku sebegini baik dijual di Malaysia atau dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran.

Lihat ini pula... klik di sini

0 ulasan: