Selasa, Februari 27, 2007

Anak Lembu

Aktiviti mewarna, menggunting dan menampal sangat sesuai untuk sesi awal pengajaran dan pembelajaran semester 1 ini kerana melalui aktiviti seni ini akan melatih sistem deria kanak-kanak. Mereka akan dapat memusatkan tumpuan dan pengamatan.Mungkin bagi sesetengah ibu bapa berpendapat anak-anak mereka asyik mewarna sahaja, tetapi mereka kurang menyedari tentang kepentingan pengamatan yang diserapkan melalui aktiviti kreativiti dan estetika. Melalui aktiviti seumpama ini, kanak-kanak akan lebih mudah mengesan kedudukan sesuatu objek atau anggota badan. Mereka akan dapat menguasai kemahiran asas menyatakan kedudukan sesuatu objek dan warna asas. Mari kita lihat bagaimana kanak-kanak melihat bentuk anak lembu dan kedudukan anggota badan lembu tersebut. Anda pasti akan dapat mengagak setakat mana pencapaian kanak-kanak ini sebenarnya. Semoga aktiviti ini boleh anda praktikkan di rumah untuk mempertajamkan deria lihat dan sentuh anak-anak anda di rumah.

Tiada ulasan:

Worksheets