Isnin, Januari 12, 2009

Tema Anggota Badan

Assalamualaikum
Minggu ini tema anggota badan. Saya menjalankan aktiviti melukis anggota badan kanak-kanak dengan menekap jari tangan mereka. Saya juga telah mulakan aktiviti mengeja. Mungkin ada yang berasakan corak pengajaran saya agak laju. Saya sebenarnya lebih suka kalau kanak-kanak terus mengeja daripada mengenal huruf secara satu persatu. Memandangkan murid saya terdiri dari kanak-kanak yang berumur 5 dan 6 tahun, maka mana-mana kanak-kanak yang masih diperingkat umur 5 tahun, saya suka memberikan mereka latihan menulis mengikut garisan titik-titik sebagaimana berikut. Bagi kanak-kanak yang berumur 6 tahun saya akan meminta mereka mengeja perkataan yang ditunjukkan.

Bahan-bahan ini saya bukukan dan diberi kepada kanak-kanak. Kenapa perlu berbuat demikian adalah kerana ianya akan memudahkan urusan penyimpanan bahan yang telah dibuat. Ia turut mengikut tahap kebolehan kanak-kanak. Kanak-kanak yang lebih pantas menyiapkan tugasan boleh membuat latihan selanjutnya. Konsep-konsep awal nombor saya banyak lakukan secara lisan atau sambil berbual. Latihan lanjut begini juga banyak membantu saya mengawal keadaan kelas yang mana pada tahun ini kanak-kanak lebih aktif dan suka berbual. Dengan adanya latihan yang banyak, mereka akan dapat memberikan fokus. Bagi mereka yang lambat, saya akan melanjutkan masa pulang. Dendaan begini sebenarnya banyak membantu membentuk sikap kanak-kanak untuk lebih tekun menyiapkan tugasan yang diberi. Bagi kanak-kanak yang cepat menyiapkan tugasan, saya gemar memberikan "bintang" kepada mereka sebagai ganjaran. Hmm... mungkin ada yang bertanya di mana saya mendapatkan bahan-bahan ini? Ianya saya buat sendiri. Jadi guru kenalah rajin membuat kajian. Hehehe... yang muda-muda tu jangan malas-malas ok... Adios

1 ulasan:

Unknown berkata...

I browse more than one hours daily, either I nervier found a good article like you did. Sometime It's take too much time to get a good article. It's pretty worth article for me. I recommended, all webinar check this article and try to write like this so that net will full with good content. Regards - satta matka

Worksheets