Sabtu, September 24, 2011

Kad Tukar Ganti Ayat



Assalamualaikum
Seronok menyiapkan kad-kad ayat tukar ganti ini sebagai mengenang ilmu yang pernah saya terima dari arwah guru Bahasa Inggeris saya Allahyarham Cikgu Jaafar Adam. Beliau adalah guru yang menjadi idola saya semasa belajar di SK Bukit Lintang. Kerana dedikasi beliau, saya sering mendapat markah tertinggi di sekolah waktu itu. Maklumlah sekolah di kampung yang serba kekurangan. Saya juga berjaya mencapai markah B semasa menduduki Ujian Penilaian Darjah 5 (1973) walaupun ketika itu tiada kelas tambahan dijalankan di sekolah. Malah arwah juga sering memberikan saya hadiah galakan. Sehinggakan walau kalah sekali pun beliau pasti akan memberikan hadiah. Sewaktu Hari Guru, saya pasti mendapat hadiah yang lebih dari murid lain. Malah cikgu juga telah menamakan anaknya sempena nama saya. Mungkin kerana tiada anak perempuan, maka saya dianggap seperti anak beliau sendiri. Walaupun kini sudah puluhan tahun beliau kembali menemui Allah s.w.t.. ilmu dan dedikasi beliau tetap saya pegang sebagai sumber inspirasi. Terima kasih cikgu atas jasa-jasamu. Al-Fatihah.

Jika anda berminat untuk mendapatkan bahan ini bolehlah menghubungi saya. RM5 sahaja dalam bentuk softcopy.

Dari catatan di Facebook:

  
Testimoni rakan dalam facebook hari ini 27 September 2011

Jumaat, September 23, 2011

Lawatan Dinas Pendidikan Provensi Riau, Indonesia

 
Kehadiran deligasi disambut mesra oleh seluruh warga kerja SKDUA

Ketibaan deligasi

 Ucapan tuan Guru Besar


Selamat datang kepada deligasi Dinas Pendidikan Provensi Riau, Indonesia ke SK Datuk Usman Awang hari ini. Terima kasih di atas kunjungan tuan-tuan dan puan-puan. Semoga hubungan silaturrahim akan dapat dieratkan lagi.

Karnival Bijak Prasekolah Zon Bandar Kota Tinggi


Alhamdulillah siap juga akhirnya sepanduk yang bakal digunakan semasa Karnival Bijak Prasekolah Zon Bandar Kota Tinggi yang bakal diadakan di SK Datuk Usman Awang pada 6 Oktober 2011. Diharap rekaletak sepanduk ini dapat diterima oleh Jawatankuasa Induk.

Worksheets