Saya suka blog ini

Ahad, Ogos 28, 2011

Action Word Flashcard

RM10 sahaja.

Sabtu, Ogos 27, 2011

Penguin ABC



Softcopy Kad Penguin ABC

Sumbangan bahan di www.eslprintable.com

Komen yang dibuat oleh seorang pembaca


Alhamdulillah, walaupun bahan yang saya bina ini tidak sehebat mana namun ia mampu mendapat perhatian guru dari Britain. Semoga bahan saya ini mampu memberikan manfaat kepada semua kanak-kanak yang ada di dunia ini. Amin

Jika anda ingin memuat turun bahan ini boleh ke laman web berikut: http://www.eslprintables.com/powerpoint.asp?id=48524#thetop tetapi dengan syarat anda telah mendaftar di laman web berkenaan dan menyumbang bahan-bahan anda pula untuk mendapatkan poin. Selamat mencuba.

Jika ada yang berminat boleh dapatkan softcopy ini secara bertukar bahan dengan bahan anda. Jika hendak membeli hanya RM5 sahaja softcopy ini. Email saya di fauziah.arahim@gmail.com

Jumaat, Ogos 26, 2011

Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan

Tarikh : 2 Julai 2011

Bergambar kenangan sebelum berlepas

Baru bermula

Hampir tiba ke penamat

Sukaneka - acara sampingan selepas larian tamat.

Khamis, Ogos 25, 2011

Strawberry shortcake Games





Jom layan laman web ini. Ia sesuai dengan kanak-kanak. Ada permainan, aktiviti dan video. Klik di sini... http://www.agkidzone.com/strawberry-shortcake/

Rabu, Ogos 24, 2011

Hamper Raya 2011





Hamper raya ini bakal diserahkan kepada murid-murid pada hari Jumaat 25 Ogos 2011. Guru Penolong Kanan HEM, Puan Norliza Ahmad sudi membantu membungkus bahan makanan yang ada. Harap-harap janganlah ada gosip panas di belakang yang seolah-olah menuduh saya dan PPM salahguna wang kerajaan selepas ini. Puan Norliza sendiri telah menjadi saksi malahan setiap bahan yang ada di dalam beg ini masih bertanda harga. Malahan kos keseluruhan melebihi baget kerajaan.

Ahad, Ogos 21, 2011

Happy Phonic Song

RM5.00 sahaja.
Softcopy ini dinyanyikan dengan tune Skip to My Lou

Rabu, Ogos 17, 2011

MESYUARAT PENYEDIAAN BAHAN KARNIVAL PRASEKOLAH

MESYUARAT PENYEDIAAN BAHAN

KARNIVAL PRASEKOLAH DAERAH KOTA TINGGI 2011

Tarikh : 17 Ogos 2011 ( Rabu )

Masa : 2.00 petang

Tempat : Makmal Komputer SK Datuk Usman Awang

Kehadiran:

1. Tuan Hj Hasrin bin A.Samad – Penolong PPD Prasekolah/Permata

2. Tuan Hj Ali bin Jaafar – Pengerusi Panitia Prasekolah Daerah Kota Tinggi / Guru Besar SK Datuk Usman Awang

3. Puan Fauziah bt A.Rahim – Setiausaha Panitia Prasekolah Daerah Kota Tinggi / Guru Cemerlang Prasekolah SK Datuk Usman Awang.

4. Puan Aminah bt Hj Nawas – Guru Prasekolah SK Tun Dr Syed Nasir

5. Puan Zanariah bt Nasir – Guru Prasekolah SK Mawai

6. Puan Miskiah bt Asserah – Guru Prasekolah SK Muzaffar Shah

7. Cik Aflaahkun Nisak bt Sukimi – Guru Prasekolah SK Seri Saujana

Agenda:

1. Ucapan Pengerusi Panitia Prasekolah Daerah Kota Tinggi

1.1 Mengalu-alukan kehadiran ahli mesyuarat.

1.2 Menerangkan 3 aktiviti yang akan dilaksanakan – Bijak Prasekolah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

1.3 Lokasi pertandingan akan diadakan di SK Datuk Usman Awang – Dewan Seri Mutiara dan Dewan Seri Nilam

1.4 6 stesen akan diwujudkan. Stesen 2 akan dibuat di dalam bilik darjah – Tahun 1, Tahun 4 dan Makmal Sains.

1.5 Bijak Matematik dan menulis ayat mudah akan dibuat dalam bentuk ujian yang akan di adakan di kelas yang bakal ditetapkan..

1.6 Menyusun huruf menjadi perkataan hanya menggunakan kata dasar sahaja. Ada 4 tahap soalan iaitu membina ayat menggunakan 3, 4, 5 dan 6 perkataan. Setiapnya mengandungi 5 soalan dan dibuat mengikut warna.

Tindakan : Semua AJK Panel Penyediaan Bahan

2. Penyediaan bahan

2.1 Untuk stesen 1, papan flannel diperlukan sebanyak 6 buah.

2.2 Huruf-huruf dipotong ikut warna ( Bahasa Melayu- putih ), (Bahasa Inggeris – biru muda)

2.3 Mengandungi huruf vokal – 30 keping , konsonan – 15 keping kad bagi setiap abjad.

2.4 Bengkel akan diadakan dengan melibatkan guru-guru prasekolah Zon Bandar, zon Air Tawar dan Sedili pada 13 September 2011. Semua guru dan Pembantu Pengurusan Murid akan terlibat. Program akan diadakan di SK Tun Dr Syed Nasir.

2.5 Senarai peralatan yang perlu dibawa semasa bengkel adalah hot glue gun, gunting, plastik laminate, pisau, alatulis, komputer riba dan pencetak.

Tindakan : Hj Hasrin A. Samad dan guru-guru yang terlibat.

3. Hakim

3.1 18 orang hakim bakal terlibat dengan pertandingan yang akan berlangsung.

3.2 Stesen 1 Bahasa Inggeris – (Ketua ) Puan Zaiton bt Omar – Guru Cemerlang Bahasa Inggeris SK Taman Kota Jaya dengan dibantu oleh Puan Robak Iyah bt Isa – Guru Prasekolah SK Bandar Mas.

3.3 Stesen 1 Bahasa Melayu – (Ketua ) Puan Miskiah bt Asserah - Guru Prasekolah SK Muzaffar Shah dengan dibantu oleh Puan Siti Suraya bt Mokhtar – Guru Prasekolah SK Pasir Gogok.

3.4 Stesen 2 Bahasa Inggeris – (Ketua) Guru Bahasa Inggeris SK Seri Saujana dengan dibantu oleh Cik Aflaakhun Nisak bt Sukimi – Guru Prasekolah SK Seri Saujana.

3.5 Stesen 3 Bahasa Inggeris – (Ketua) Puan Norizam bt Mubin – Guru Bahasa Inggeris SK Datuk Usman Awang dengan dibantu oleh Puan Zanariah bt Nasir – Guru Prasekolah SK Mawai.

3.6 Stesen 3 Bahasa Melayu – (Ketua) Encik Samsul bin Wahab – Guru Prasekolah SK Sungai Papan dengan dibantu oleh Encik Hamidon bin Mohd Salleh – Guru Prasekolah SK Panchor.

3.7 Stesen 4 Bahasa Inggeris – (Ketua) Encik Mohd Fikry bin Zahry – Guru Bahasa Inggeris SK Tun Dr Syed Nasir dengan dibantu oleh Puan Umi Kalsom bt Samsi – Guru Prasekolah SK LKTP Air Tawar 1.

3.8 Stesen 4 Bahasa Melayu – (Ketua)Puan Aminah bt Nawas – Guru Prasekolah SK Tun Dr Syed Nasir dengan dibantu oleh Puan Latifah bt A Jalil- Guru Prasekolah SK Pusat Bandar Lok Heng.

3.9 Stesen 5 Matematik – (Ketua ) Puan Fauziah bt A.Rahim –Guru Prasekolah SK Datuk Usman Awang dengan dibantu oleh Puan Norlidyana bt Surbani – Guru Prasekolah SK Sri Perani.

3.10 Puan Fauziah bt A.Rahim – Guru Prasekolah SK Datuk Usman Awang akan bertindak sebagai penyelaras /mastermind di sepanjang pertandingan dilaksanakan.

Tindakan : Semua AJK yang terlibat

4. Hal-hal lain

4.1 Semua guru bersetuju bengkel diadakan di SK Tun Dr Syed Nasir pada 13 September 2011 kerana semua kelas prasekolah akan bercuti kerana peperiksaan UPSR.

4.2 Pembantu Pengurusan Murid akan dilibatkan sama semasa bengkel.

4.3 Puan Zanariah bt Nasir dilantik sebagai penyelaras pembelian bahan-bahan yang bakal digunakan semasa program dijalankan.

4.4 Puan Fauziah bt A.Rahim akan berusaha mendapatkan skema penghakiman dan syarat-syarat pertandingan dari Jabatan Pelajaran Selangor.

Tindakan : Semua AJK terlibat

5. Ucapan penutupan mesyuarat oleh Tuan Hj Hasrin bin A.Samad

5.1 Mengucapkan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

5.2 Mengharapkan program akan berjalan dengan lancar.

Tindakan : Makluman.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.30 petang

Disediakan oleh: Disemak oleh:




(FAUZIAH BT A.RAHIM) (HJ ALI BIN JAAFAR)

Setiausaha Pengerusi

Panitia Prasekolah Daerah Kota Tinggi. Panitia Prasekolah Daerah Kota Tinggi.

Isnin, Ogos 15, 2011

Tirai bunga buat sendiri


Jumaat, Ogos 12, 2011

Kelas saya jadi stor alatan bekalan prasekolah






Patutkah benda-benda ini dilonggokkan di hadapan kelas saya? Bila nak diedarkan ke sekolah-sekolah? Tunggu lepas raya? Aduh sangat menyakitkan mata... kelas yang sudah saya hias cantik kini menjadi stor PPD Kota Tinggi pula... Maaf terpaksa meluahkan di sini. PATUTKAH?

Isnin, Ogos 08, 2011

Kad Imbasan 10 - 100


Sila ambil bahan percuma dari saya. Klik pada pautan di bawah

http://www.sendspace.com/file/5p9o21

Khamis, Ogos 04, 2011

softcopy kad imbasan badut kv kvk

RM10 sahaja
Ada 198 halaman

The Farmer and the donkey


Once upon a time there was a farmer. He was very hardworking. He had an ox, a horse and a donkey who served him.
One day the ox told the farmer, "Master, you have a tractor now and you don't need me for ploughing. Please let me go so I can spend my last days in the forest."
The farmer let him go.
Then the horse said to him: "You don't need me either, master. You have a car now. Please let me go with the ox."
The farmer gave him permission to go.
Seeing the ox and horse go back to the forest, the donkey too wanted to go. But did not know what to tell the farmer. Suddenly the donkey got an idea.

What plan did the donkey think of? Was it able to go to the forest with the Ox and horse?

The Big Turnip

The Big Turnip

Once there lived a farmer in a small village in Kerala.
He had a turnip farm and one day he sent the servant out to gather all the ripe turnips.
The servant went into the field and started collecting ripe turnips.
To his surprise, he found he just could not pull out one particularly large turnip, despite all efforts.
The servant tried again and again, but could not succeed.
The man shouted for his master.
The master came running.
Together they started pulling the turnip out of the ground, but it was of no use.
So the farmer shouted for his wife.
His wife came running.
The three of them tried hard to pull it out. Again the turnip refused to budge!
The farmer's wife shouted for their son.
The son came running.
Together they tried hard to pull it out. No it is not coming out.
The son shouted for his wife.
The son’s wife came running.
Now all the five started pulling with all their might.
A mouse came out of its hole to see what was happening.
Oh they were trying to pull out the largest turnip.
I should help them after all I am surviving on their corps. The mouse said to himself.
The mouse burrowed under the ground and soon reached near the turnip.
There were large roots holding the turnip.
If I cut the roots with my teeth, surely they can pull it out, thought the mouse.
So he started biting the roots one by one.
He was about to cut the last root and suddenly it happened!


Think! Think again!
What might have happened there at that time?
Complete the story to give it a funny ending.

Selasa, Ogos 02, 2011

Softcopy Kad Imbasan Matematik Peebles dan Kitty



RM5 sahaja