Saya suka blog ini

Ahad, Ogos 30, 2009

Merdeka

Assalamualaikum
Yahooo... Merdeka.
Sebenarnya saya baru je merdeka dari beban tugas yang perlu dilunasi. Slip jawapan kerja kursus dan kertas peperiksaan pelajar-pelajar Diploma Profesional Pendidikan Awal Kanak-kanak Universiti Malaya sudah siap ditanda. Pergh memang lega rasanya. Kalau tidak saya sentiasa dihantui rasa berhutang. Bila selesai semuanya baru saya boleh berehat dengan tenang. Hanya tunggu bayaran sahaja. Hehehe... kalaulah dapat sebelum raya bolehlah beraya sakan. Kalau tak... dok diam je la.
Sekarang saya sedang menyiapkan koleksi kreativiti dan estetika yang mengandungi cara-cara melaksanakan aktiviti yang disertakan template yang boleh dicetak. Setakat hari ini sudah hampir 300 mukasurat disiapkan. Mungkin bahan ini akan mencecah ke 500 mukasurat. Walau bagaimanapun saya akan mengumpulkan bahan-bahan lain supaya dapat dijadikan Pakej Ketiga bahan bantu mengajar yang bakal diedarkan tidak lama lagi. Saya cuba mengumpulkan 10 set cd untuk dimuatkan di dalam pakej ini kerana ia dapat mengurangkan kos pos dan tenaga pembungkusan. Harga adalah RM65 termasuk kos pos. Tunggu ya kemunculan bahan ini.
Sempena merdeka esok, saya ucapkan selamat hari merdeka la ye...

Isnin, Ogos 24, 2009

Blog Baru

Assalamualaikum
Berikut adalah laman blog kesihatan terbaru dari saya... sekiranya anda memerlukan bantuan, jangan segan untuk menghubungi saya.

Jumaat, Ogos 21, 2009

Salam Ramadan dan Selamat Bercuti

Assalamualaikum
Hari ini hari terakhir bulan Syaaban dan esok bermulalah Ramadan. Hari ini juga hari terakhir persekolahan dan esok kita mula bercuti selama seminggu. Walaupun bercuti tapi sebagai guru kita tetap juga kena hadir ke sekolah. 25hb Ogos pula adalah hari peperiksaan. Saya akan menduduki peperiksaan PTK di SM Teknik Kota Tinggi. Buku belum disentuh ni. Saya akan mengambil kertas ujian bagi Pendidikan Khas kerana kertas Pendidikan Awal Kanak-kanak belum wujud lagi bagi gred DG44. Sewaktu di gred DG41, saya juga menduduki kertas yang sama. Mujur pengalaman menguruskan Pendidikan Khas sewaktu di PPD dulu dan pengalaman mengajar di kelas PKBP turut membantu. Kalau tidak memanglah pening kepala dibuatnya.

Buat semua teman-teman seperjuangan, Selamat Berpuasa dan Selamat Bercuti. Maafkan segala salah silap saya sepanjang berceloteh di blog ini. Semoga Ramadan yang tiba bakal memberikan nafas baru dalam kehidupan kita. Semoga Allah menerima semua amalan kita. Insya-Allah.

http://www.globalvoicesonline.org/wp-content/uploads/2007/09/ramadan-greeting.jpg

Rabu, Ogos 19, 2009

Sibuk Lagi

Assalamualaikum
Ahad lepas saya ke IPPJ Komtar Johor Bahru untuk mengambil assignment dan kertas jawapan peperiksaan student diploma profesional pendidikan awal kanak-kanak. Saya tiba hanya beberapa minit sebelum peperiksaan komputer mereka bermula. Mujur juga tiba awal sedikit. Kalau tidak sudah pasti saya terpaksa menunggu sehingga 2 jam untuk mengambil kertas jawapan, assignment dan mengambil tanda tangan semua student saya yang seramai 7 orang itu. Di permulaan dulu saya jangkakan student saya seramai 20 orang sebagaimana di IPGM Kampus Tun Hussin Onn Batu Pahat. Mujurlah 7 orang sahaja, jadi tidaklah banyak kertas yang perlu ditanda. Student saya merupakan pengusaha tadika yang berjaya. Semoga 1 hari nanti saya dapat melawat ke tadika mereka.

Janet (Tauke Tadika Montessori di Johor Bahru), Noraqilah (Guru Taska di Kulai), Nora (Guru Tadika Pintar Bestari, Pasir Gudang), Norhapizah ( Tauke Tadika Pintar Bestari, Pasir Gudang), Siti (Guru Taska di Kuantan), Farah (Pengusaha Kedai Buku di Kulai) dan Marissah (Tauke Tadika Pintar Bestari, Pasir Gudang)



Selasa, Ogos 18, 2009

Laman Web Kenal Abjad

by Lil' Fingers. Click on the letter to hear its name.

Click on the letter to hear its name. Julia's Rainbow Corner

British site; the lower case D'Nealian style letters appear one at a time and the name of the letter is stated. Z is pronounced zed in Britain.

magnet alphabet video

Teach your child the sounds of letters with this online movie based on the Reading Lesson

ABC Mommy and Me
Click on the letters to hear their names.

The ABC Game


Pick the object that starts with the letter shown at the top of each page. This game has 10 questions

The Alphabet
States the Alphabet in order. This is a British site and the Zis not called a Z. When you click on the letters across the top, you have a choice of listening to the name, listening to the sound, learning how to write the letter.

Alphabet Antics
Listen to the monkey say the letter. Click on the correct letter. Three levels.

Alphabet Art
A few fun mediums you can use to help your students form letters of the alphabet.

Alphabet Action
Click a letter to hear its name and see a picture.

Alphabet Awareness
from StarFall - click on a letter and hear the name of the letter. When the arrow at the bottom is clicked, the sound of the letter is heard along with a rhyme.

Alphabet Coloring Pages
Many pictures for each letter. Color online

Alphabet Goop
stir the goop and then match what comes out to one of two letters

Alphabet Preschool Activities and Crafts
Each letter has a variety of activities and crafts. (heavy with ads and pop-ups)

The Alphabet Jungle Song
Song, plus letters. This is a British site and the Z is called a zed.

The Animated Alphabet
Click on a letter on the left and it states the letter and has a movie to go with it.

Keyboard-O-rama
Press any letter on the keyboard and Elmo will tell you what it is and show a picture that starts with that letter.

Learn Your ABC's
(from Fisher Price) The letter is named. Students press a letter on the keyboard to go to the next letter. Gets students used to using the keyboard as an input objects instead of the mouse.

Learn your Letters
click on the objects that start with the given letter - after selecting the letters Jump with Cow to collect objects practicing moving your mouse

Letter Practice
Dotted pages to print to help trace letters with fingers for recognition.

Letter TV Teacher Audio Alphabet
click on a letter to hear it pronounced.

Lost Letters
type letters which pop up on the screen to spell words - three levels

Magic Mailbox ABC's
Click to see what letter is hiding in the mailbox. random letters pop out and are pronounced

Musical Worms Spelling
in Level 1 see the word and click on correct letters one at a time, singing worms will tell you what you spelled. Level 2 shows a picture and pronounces but students must spell by clicking on letters

Online Alphabet book
see the letter and a pictures to associate with it. No audio

Printed Alphabet activities
Cut letters into pieces for a center time activity. Put a letter train together in correct order. Many other activities

Pick a letter and hear its name
Click on a letter and hear the name of the letter;see a picture of an object that starts with that letter.

Songs for each letter of the alphabet
Click on the letter and hear the song .

Sunnie's Letters
Segments of letters so child is not overwhelmed. Match picture to beginning sound after identifying set of letters.

Isnin, Ogos 17, 2009

Shape Book

Assalamualaikum
Saya telah menemui bahan-bahan shape book pattern ini. Hanya klik gambar beruang yang comel di bawah ini untuk mendapatkan gambar yang disediakan. Apa lagi jomlah tambah koleksi bahan di kelas anda.

Berikut adalah bahan yang boleh anda dapati. Maaf kerana saya tidak dapat membuat pautan setiap satu dari bahan di bawah kerana komputer saya malam ini terlalu perlahan. Geram betul. Saya sudah puas menaip tapi pautan pada pencetak pun hidup sejak tadi. Geramnya.... grrr....grrr....grrr
* Apple
* Barn
* Baseball Diamond
* Bell
* Bread Slice
* Child
* Circle
* Emergency Vehicle
* Fish
* Flower 1
* Flower 2
* Garden Gate
* House
* Ice-Cream Cone
* Kite
* Ladder
* Lion
* Menagerie
* Minivan
* Mirror
* Mittens
* Moon
* Nest
* Rainbow
* Raindrop
* Shell
* Sock
* T-shirt
* Taxicab
* Ticktacktoe
* Tooth
* Train Car
* Train Engine
* Treasure Chest
* Umbrella

Apakah kegunaan shape book ini?
1. Boleh gunakan untuk membuat aktiviti menulis
2. Boleh jadikan ia sebagai template kolaj
3. Boleh dijadikan sebagai buku mini

Pendek kata anda hanya perlu kreatifkan minda untuk membuat apa sahaja aktiviti menggunakan bahan ini. Latihlah minda anda selalu kerana saya pasti anda mampu melakukannya apatah lagi bagi guru-guru muda. Kalau saya guru yang sudah hampir mencecah usia 50 tahun ini mampu melakukannya kenapa tidak anda. Selamat mencuba.

Papan Buletin

Assalamualaikum

Jom layan papan buletin berikut. Semoga kita beroleh idea darinya.

http://kindergarten2.homestead.com/files/mvc-018s.jpg

http://lilteacher.com/myPictures/Farm%20Bulletin%20Board.JPG

http://lilteacher.com/myPictures/Ocean%20bulletin%20board.jpg

http://farm1.static.flickr.com/84/250511526_94a3ad4fb0.jpg?v=0

http://static.squidoo.com/resize/squidoo_images/-1/draft_lens2221601module12687806photo_1227187456Turkey_Bulletin_Board.jpg

Khamis, Ogos 13, 2009

Kunjungan Rakan Lama

Assalamualaikum
Selasa lepas saya menerima kunjungan rakan lama semasa di Universiti Malaya. Beliau adalah bekas pegawai khas prasekolah Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru. Kini beliau bertugas di Institut Perguruan Malaysia Kampus Temenggung Ibrahim. Betul ke sebutan tu? Beliau yang saya maksudkan ialah Siti Mislia yang merupakan antara mahasiswa cemerlang sewaktu di UM dahulu. Sebenarnya ramai rakan-rakan saya di UM dahulu terdiri dari mahasiswa cemerlang. Bak kata Prof. Chiam Heng Keng... "You are the cream of the cream. Maklumlah kami ni majoritinya terdiri dari pelajar mahasistua... hehe.... mahasiswa tua kecuali Mislia, Ina (prasemarak), Norma, Noraini (Nazir Persekutuan), Habsah (IPGM Kampus Durian Daun), Zaimi, Zamri, Sazali (JPN NS) dan beberapa orang lagi waktu itu masih lagi muda.

Siti datang memantau pelajarnya yang sedang menjalani latihan praktikum di SK Laksamana. Seberang pagar je kelasnya dari kelas saya. Panjang juga kami berbual kisah lama. Sempat juga saya bertanyakan progres kurikulum prasekolah dan projek permata negara.



Sebelum pulang, kami sempat berposing di depan pentas kecil. Hehehe... macam ada majlis kenduri kahwin pula di kelas tu.

Rabu, Ogos 12, 2009

Rekacipta Kereta

Assalamualaikum
Hari ini kami mereka kereta menggunakan kertas terpakai. Malangnya bateri kamera saya tiada tenaga hayat lagi. Alahai. Tunggu ya... Insya Allah esok saya akan masukkan gambar hasil kerja murid-murid. Saya pamerkan di ruang kaki lima sekolah iaitu di papan buletin kelas. Tunggu!!

Selasa, Ogos 11, 2009

CD Lagu


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan cd lagu yang disertakan dengan buku yang mengandungi lirik lagu dan not piano boleh menghubungi saya di talian 019-7556032 dengan menyatakan nama dan alamat penuh. Pembayaran melalui Maybank di atas nama saya Fauziah A.Rahim ( 1010-7545-0308) Harga kesemua pakej ini hanya RM90 termasuk kos pos. Ada 3 set semuanya:

Lagu Kanak-kanak Jilid 1 mengandungi lagu:
1. Anak Patungku
2. Berita dari Kawan
3. Bermain di Taman
4. Burung-burung
5. Dodol
6. Kita Jamu Selera
7. Kereta Malaysia
8. Semangat Kejiranan
9. Tidurlah Adikku
10. Zapin Cinta Negara
11. Bapaku
12. Belajar Berjalan
13. Jasa Keluarga
14. Kejiranan
15. Mari Bersenam
16. Membaca Menambah Ilmu

Lagu Kanak-kanak Jilid 2 pula mengandungi:
1. Anak Malaysia
2. Belajar Matematik
3. Berakit-rakit ke Hulu
4. Bijak ICT
5. Dusun Buah-buahan
6. Hadiah Hari Lahirku
7. Hargailah Masa
8. Hormat-menghormati
9. Kampung Nelayan
10. Kelas Muzikku
11. Malaysiaku Tercinta
12. Taman Bunga
13. Utamakan Pelajaran
14. Bacalah Buku
15. Bestari Membaca

Lagu Kanak-kanak Jilid 3 mengandungi:
1. Sayang Ibu Ayah
2. Rajin Belajar
3. Oh Bulan-Oh Bintang
4. Matahari
5. Mari Membaca
6. Lip Lip lip
7. Kitar Semula
8. Kejiranan Amanalan Mulia
9. Guruku
10. Gigi
11. Bila Bercuti
12. Bersekolah
13. Basikal Baru
14. Baju Baru
15. Amalan Kita
16. Amalan Hidup Kita

Laman Web Pendidikan


Saya menemui laman web ini yang sangat sesuai buat kanak-kanak. Ada banyak perisian yang boleh anda gunakan untuk memudahkan anda menyiapkan tugasan di kelas. Ia juga boleh mengurangkan masalah disiplin kanak-kanak kerana mereka akan leka dengan permainan yang disediakan. Selamat mencuba. Pasti anda dan kanak-kanak akan gembira. Anda boleh sebarluaskan maklumat ini kepada ibu bapa supaya mudah mereka membantu pendidikan anak-anak. OK klik sahaja di sini

Permainan Matematik

Assalamualaikum
Hari ini saya berjumpa laman web ini. Ada banyak permainan secara online yang boleh dimainkan oleh kanak-kanak. Permainan yang simple ini dapat mengukuhkan kemahiran asas matematik kanak-kanak. Selamat mencuba. Klik link untuk ke laman web.

Rabu, Ogos 05, 2009

Karnival Prasekolah Zon Bandar

Assalamualaikum
Semalam telah berlangsung Karnival Prasekolah Zon Bandar bertempat di SK Taman Kota Jaya.

Hasil sentuhan seni keras tangan saya untuk backdrop pentas utama
Sekolah saya telah menghantar 3 orang murid bagi mewakili acara mewarna iaitu Mohd Nadzirul, Mohd Fahim Hakimi dan Mohd Harith Iskandar.
Hakimi, Harith dan Nadzirul sedang tekun mewarna
Mohd Haikal pula bagi acara mendeklamasikan sajak. Sejak dari awal hingga akhir, mamat comel ini memang tersenyum sahaja kerjanya. Bila diminta membaca sajaknya, ada baris yang dia lupa. Alamak.... kena juga bagi side-coaching ni.
Mohd Haikal yang mudah tersenyum
manakala acara bercerita di dalam Bahasa Melayu pula diwakili oleh Auliah Suraya. Malangnya saya tidak sempat merakam aksi Auliah di pentas. Maklumlah saya terpaksa mengendalikan peserta mewarna dan bersajak. Sungguhpun 5 orang murid, ia agak memenatkan juga kerana hanya saya dan PPM yang mengendalikan murid-murid dan lokasi acara di tempat berbeza. Selesai acara saya terpaksa menghantar murid-murid ke rumah masing-masing. Memandangkan kesihatan saya belum pulih sepenuhnya, apabila tiba di rumah dunia saya rasa tinggi rendah. Saya benar-benar kepenatan.

Hari ini pula saya terpaksa mengambil cuti kecemasan bila tiba-tiba awal pagi suami muntah-muntah. Simptomnya sama dengan kes sebelum ini apabila beliau terpaksa ditahan di wad. Mujur juga suami tidak ditahan di wad walaupun tekanan darahnya agak tinggi. Dia diberikan cuti 2 hari. Cemas juga saya dibuatnya pagi ini. Bila keadaan ini berlaku, saya terpaksa gagahkan diri walaupun sebenarnya badan saya rasa semacam. Terperanjat dan keletihan. Memang saya cukup cemas melihat keadaan suami. Dalam hati sentiasa berdoa semoga dia tidak ditahan di wad lagi kerana bukan mudah mendapat cuti menjaga suami di wad. Kejadian 2 tahun lalu benar-benar membuatkan saya sangat tertekan. Kalau berlaku lagi mungkin saya pula ditahan di wad. Mujur sehingga petang ini keadaan beliau sudah agak stabil.

Isnin, Ogos 03, 2009

Wajah Kelas 2009

Assalamualaikum


Bagi memenuhi permintaan Cikgu Suhana dari Kuala Krai, di sini saya ingin memaparkan beberapa keping gambar suasana di kelas. Langsir Pooh sudah disimpan. Tahun ini kelas saya tidak berlangsir kerana menurut Cikgu Aminah Nawas dari SK Tun Dr Syed Nasir yang sudi memberi komen sewaktu melawat kelas saya, langsir itu kurang sesuai kerana "menenggelamkan" bahan-bahan berinformasi yang saya pamerkan. Terima kasih buat Cikgu Aminah kerana sudi memberi komen membina.
Di ruang tetamu di pintu masuk kelas, saya hanya menempatkan 2 buah kerusi dan sebuah meja kecil. Seronok melihat hasil kerja tangan dipamer di situ. Kalau ada yang berkenan bolehlah merujuk ke laman blog seni saya. Banyak juga sudah saya hasilkan untuk dijual kepada rakan-rakan yang berminat. Harga murah je. Klik di sini


Saya menggunakan kain gorgette berbunga sebagai skirtting yang distapler terus ke meja. Harga kain itu hanya RM2.50 semeter. Jadi masalah upah menjahit sudah dapat dijimatkan. Selama ini pun kos menjahit langsir dan bahan-bahan lain di kelas adalah RM0 kerana semuanya saya jahit sendiri. Alah jahit lurus sahaja. Saya rasa cikgu-cikgu prasekolah patut diberikan kursus menjahit yang asas supaya dapat menjimatkan kos. Tabir di belakang pentas di kelas ini pun dijahit lurus sahaja. Hanya kombinasi warna mampu menceriakan suasana. Kos dikeluarkan hanya untuk membeli gerbang dan bunga-bunga serta rama-rama.

Saya jarang mempamerkan hasil kerja murid agak lama kerana biasanya kanak-kanak sangat teruja untuk membawa pulang hasil kerja mereka untuk ditunjukkan kepada ahli keluarga.
Ruang-ruang lain di dalam kelas nantilah ya. Ini pun saya ambil masa hampir 1/2 jam untuk muat naik gambar. Untuk pengetahuan anda tahun ini pertandingan kelas ditangguhkan lagi. Saya sebenarnya sudah bosan dengan situasi ini kerana sudah 2 tahun menunggu panel penilai datang. Selepas ini tak ada lagi istilah masuk bertanding kelas. Saya dah penat sampai stress teruk hingga terlantar di wad.

Topeng harimau


Sun Handprints

My own sun handprints

The colorful stars on the sun handprints.


My preschoolers masterpiece