Saya suka blog ini

Khamis, Oktober 30, 2008

Tawaran Pakej Membina Blog Kelas Prasekolah

Anda ingin membina blog kelas prasekolah? Saya ingin menawarkan perkhidmatan membina blog kelas anda dengan harga yang sangat murah. Pakej ini hanya RM20.00 sahaja. Ia mengandungi:
1. Chatroom
2. Kiraan Pelawat
3. Radio
4. Lain-lain gadget yang anda boleh tentukan
5. Nota panduan lengkap untuk anda menguruskan blog tersebut selepas servis diberikan.

Sekiranya berminat sila hubungi email saya : fauziah.arahim@gmail.com dan bayaran boleh dibuat menggunakan akaun maybank.






Rabu, Oktober 29, 2008

Kursus Pembinaan Blog Terkini


Seramai 66 orang guru prasekolah dari seluruh daerah Kota Tinggi telah menghadiri kursus yang saya kendalikan. Baki 14 orang lagi tidak dapat hadir kerana tidak dapat dihubungi, sakit dan bercuti Deepavali. Sebanyak 32 buah blog telah berjaya dihasilkan dalam kursus yang telah saya kendalikan sejak semalam. Syukur Alhamdulillah peserta kursus berjaya menghasilkan blog masing-masing. Sebahagian lagi tidak dapat melakukannya kerana masalah teknikal. Antara masalah teknikal yang berlaku adalah:
1. Komputer riba yang dibawa tidak mempunyai kemudahan wireless.
2. Perjalanan wireless internet connection yang agak perlahan.
3. Guru masih belum mahir menguasai istilah komputer.
4. Guru mendapat maklumat kursus lewat dan sekolah pula bercuti sempena Deepavali menyebabkan guru-guru tidak dapat membawa komputer riba yang disimpan di sekolah.
5. Kemudahan Gmail yang agak lembab sepanjang masa kursus menyebabkan gangguan kepada konsentrasi guru-guru.

Kursus ini masih banyak kekurangannya kerana tidak semua ilmu dapat diturunkan disebabkan kesuntukan waktu dan tenaga. Saya tidak berupaya mengendalikannya sendirian sepanjang 2 hari tersebut kerana jumlah peserta yang terlalu ramai iaitu 64 orang. Saya benar-benar keletihan ditambah dengan kemudahan internet yang agak lembab dan masalah komputer yang dibawa. Apapun saya merasa gembira kerana guru-guru memberikan kerjasama dan menunjukkan kesungguhan untuk menghasilkan laman blog kelas masing-masing. Kepada rakan-rakan guru yang menghadapi masalah untuk "menyolek" blog masing-masing, jangan segan untuk menghubungi saya. Saya berharap rakan-rakan akan rajin mentelaah modul yang telah saya berikan. Sekembalinya saya ke rumah, saya telah berjaya menghasilkan laman blog Unit Prasekolah Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi. Sila ke laman berikut untuk maklumat blog-blog yang berjaya di senaraikan.


Akhir kata dari saya, Selamat Mencuba.

Selasa, Oktober 28, 2008

Kursus Pembinaan Blog




Ahad, Oktober 26, 2008

Lawatan Ke Melaka

Sekitar lawatan ke Melaka pada 25 Oktober 2008.


Jumaat, Oktober 24, 2008

Mutakhir

Pengumuman Penting:

Kepada semua guru prasekolah daerah Kota Tinggi
( bagi yang belum menerima surat panggilan kursus )

Nama Kursus:
Kursus Pembinaan Blog

Tarikh :
28 dan 29 Oktober 2008

Hari :
Selasa dan Rabu

Tempat :
Hotel Tropical Inn Johor Bahru

Bilangan peserta :
80 orang

Pendaftaran :
12.30 hingga 3.00 petang

Taklimat :
3.00 petang

Penceramah:
Puan Fauziah A. Rahim
SK Datuk Usman Awang

Keperluan Kursus :
Laptop yang mempunyai internet wireless.
Extention wire
Thumb drive
Koleksi gambar kelas digital
Bahan kursus akan dibekalkan pada waktu pendaftaran

Ahad, Oktober 19, 2008

Bahan Bantu Mengajar

Assalamualaikum,
Kepada semua rakan guru prasekolah...
Ada di kalangan rakan-rakan yang berminat dengan bahan yang ada di kelas saya. Malangnya saya tidak dapat memberikannya secara percuma. Maklumlah semuanya saya buat sendiri di rumah. Jadi banyak masa perlu saya luangkan untuk menyiapkan bahan-bahan yang saya gunakan di kelas. Saya juga melakukan banyak kaji selidik. Semua aktiviti blog dan kaji selidik saya lakukan di rumah kerana di kelas tiada talian internet. Untuk ke makmal komputer agak memberikan masalah kepada saya kerana terpaksa berebut dengan murid-murid lain. Oleh itu saya mesti memberikan laluan kepada murid-murid terlebih dahulu sewaktu mengakses internet kerana makmal itu adalah hak mereka.

Saya rasa seronok dengan apa yang saya lakukan sekarang. Semuanya atas dasar minat yang mendalam untuk menghargai murid-murid saya. Blog ini dibina untuk merakamkan apa sahaja aktiviti yang mereka buat sepanjang sesi pembelajaran di kelas yang saya kendalikan. Blog ini juga dibina untuk memberi idea kepada rakan-rakan guru dan bakal-bakal guru. Mungkin ada aktiviti yang saya buat tidak secanggih idea anda, tapi saya seronok untuk merakamkannya demi anak-anak didik yang saya sayangi. Maklumlah blog ini adalah blog saya sendiri.... hehehe... saya boleh buat apa yang saya suka di sini. Blog ini tidak ditaja oleh pihak sekolah atau sesiapa jua. Ianya ditaja oleh saya sendiri. Oleh yang demikian, saya juga memerlukan sumber untuk meneruskan aktiviti ini. Antaranya saya mendaftar di nuffnang untuk mendapat komisyen bagi iklan yang disiarkan di ruang yang ada di sini. Bahan-bahan worksheet pula semuanya saya jadikan dalam bentuk CD dan dicetak sebagai sumber dokumentasi yang menjadi bukti komitmen saya pada prasekolah.

Sekiranya ada di antara anda yang berminat untuk mendapatkan bahan-bahan yang saya miliki, saya menawarkan dengan harga yang murah iaitu RM6 bagi setiap CD. Di dalam setiap CD itu mengandungi Perkembangan Bahasa ( Bahasa Melayu dan Inggeris ), Perkembangan Kognitif ( Matematik) dan Perkembangan Estetika dan Daya Kreatif ( Coloring Pages) dan bahan guru ( kad gambar, gambar sebenar dan slide show). Kos pos adalah RM5. Sehingga kini saya belum dapat menyiapkan semua tema kerana kesuntukan masa. Tema-tema yang telah siap sepenuhnya adalah:
1. Haiwan Jinak
2. Haiwan Liar (2cd)
3. Haiwan Air
4. Makanan
5. Buah-buahan
6. Kenderaan Darat (2cd)
7. Kenderaan Air
8. Serangga

Bagi anda yang ingin mendapatkan Buku Rancangan Mengajar Mingguan dan Tahunan Prasekolah, juga ada di dalam simpanan saya. Sebenarnya saya membantu rakan saya Puan Zakiah Mat Rabee yang bertugas sebagai Pegawai Khas Prasekolah di Pejabat Pelajaran Sabak Bernam dan Puan Azilawati yang bertugas di Jabatan Pelajaran Negeri Selangor untuk mengedarkan buku tersebut. Harga buku tersebut adalah RM50 termasuk kos penghantaran. Bagi yang berminat boleh menghubungi saya di talian: 014-2785668 atau melalui email fauziah.arahim@gmail.com. Bayaran boleh dibuat menggunakan akaun Maybank iaitu 101075450308. Sila smskan nama penuh, alamat penghantaran dan bukti pembayaran. Tidak perlu scan resit, hanya maklumkan bila anda memasukkan wang kerana saya akan menyemaknya melalui maybank2u.

Terima kasih atas perhatian anda selama ini.

Kisah Raya Lagi




Sabtu, Oktober 18, 2008

Marhaban

Sambutan hari raya di kelas kami disertakan dengan Marhaban. Ustazah Mazliah menerajuinya walaupun pendek bacaannya. Maklumlah majlis ini kami buat di waktu rehat dan ramai guru mesti ke kelas masing-masing selepas sesi makan-makan. Apapun terima kasih diucapkan kepada semua guru dan ibu bapa yang hadir di majlis kami hari itu.








Gaya Kami

Khamis, Oktober 16, 2008

Anak Siapa Ni?

Peragawan kacak

Peragawati comel

Audah dan Athirah

Harriz dan Shafaat

Ahmad dan Syahrul

Haikal dan Afif

Fareed dan Fareez

Nazim dan Fakhrul

Azwan dan Zulharis

Nor Aina dan Fatin Nur

Syabilatul dan Intan Hamizah

Faiz dan Hazim

Fatin Nabila dan Illyana




Lagu Raya Paling Popular Minggu Ini

Dengar lagu raya paling popular minggu ini. Saya dan pembantu pengurusan murid tergelak besar bila mendengar murid-murid ini menyanyi. Senikata lagu ini memang saya tidak hafal. Jadilah macam piring hitam berkarat sebab senikata yang diulang-ulang. Alahai kasihannya sebab cikgu memang tidak ingat langsung senikata lagu. Rakaman ini dibuat sementara menanti majlis sambutan hari raya diadakan. Sebelum itu bagi mengelakkan kanak-kanak bising, saya merakamkan gambar-gambar mereka. Masih juga bising bila mereka asyik bertanya bila kuih-kuih yang ada di atas meja boleh dimakan. Suasana kelas yang lapang membuatkan kanak-kanak mula menyusup di bawah meja dan melakukan pelbagai aksi yang membuatkan saya pening kepala. Kawalan kelas agak kucar-kacir sebab saya perlu membantu Pembantu Pengurusan Murid di dapur.

Sambutan Hari Raya dan Majlis Hari Jadi 2008








Rabu, Oktober 15, 2008

Basuh Pinggan

Doa Selepas Makan

Lagu Kanak-kanak

Kanak-kanak mempunyai daya kreativiti mereka sendiri. Mereka sebenarnya boleh mencipta lagu. Tidak percaya? Cuba anda perhatikan apakah yang sering murid-murid anda buat sewaktu masa terluang. Apa yang perlu anda buat adalah dengan merakam setiap perlakuan mereka di dalam kamera. Cuba lihat kreativiti murid-murid saya mencipta lagu mereka sendiri. Lagu itu pula akan dikaitkan dengan permainan yang akan mereka lakukan. Aksi mereka sempat saya rakamkan sewaktu menunggu van sekolah tiba sebelum pulang ke rumah. Jika kita kaji dunia mereka, pasti kita akan dapat mengimbau kembali zaman kanak-kanak kita dahulu. Sewaktu saya kecil dahulu dan bersekolah di kampung, banyak permainan yang dapat saya perolehi. Seronoknya zaman kanak-kanak. Ada kalanya saya rasa zaman pembelajaran ketika itu amat mudah sekali. Apa yang diajar guru adalah benda-benda yang paling dekat dengan alam sekeliling berbanding sekarang.... malah ada kalanya buat kita pening sepening-peningnya memikirkan cara bagaimana hendak menyampaikan isi pengajaran.

Saya teringat soalan seorang rakan di ruang chat blog ini yang bertanya tentang ciri-ciri haiwan jinak. Perlukah kita mengajar kepada kanak-kanak ciri-ciri itu? Semasa UPSR pun tidak ada soalan sebegitu akan keluar. Malah ketika di universiti dahulu pun tiada soalan yang diajukan tentang ciri-ciri haiwan jinak dan sebagainya. Apa yang perlu dijelaskan kepada kanak-kanak adalah perkara yang mudah mereka fahami. Konteks perkataan "ciri-ciri" itu pun boleh buatkan kita sendiri hilang kata-kata. Ada sesiapa di sini boleh jelaskan tentang ciri-ciri haiwan jinak? Adakah anda pernah sebut perkataan ini pada murid-murid anda? Apa yang saya buat adalah menunjukkan gambar sebenar haiwan jinak yang dekat dengan persekitaran murid. Saya lebih suka memudahkan pengajaran dengan hanya menyatakan haiwan jinak adalah haiwan yang boleh kita bela di rumah. Manakala haiwan liar merupakan haiwan yang boleh memudaratkan kita. Mudah bukan? Kepada anda yang bertanya, kalau untuk kefahaman murid, tunjukkan gambar, namakan haiwan itu dan nyatakan faedah yang boleh diberi oleh haiwan tersebut kepada manusia. Jangan serabutkan pemikiran murid anda dengan perkataan-perkataan yang bombastik yang boleh memerangkap anda sendiri untuk memberi penjelasan yang berjela-jela. Buatkan murid anda gembira dengan kaedah pengajaran anda yang bersahaja kerana bak kata orang putih (omputih) ... Learning Is Fun.