Rabu, Jun 25, 2008

Makluman

Assalamualaikum
Kepada semua pembaca blog ini, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan CD lembaran kerja sebagaimana entri terdahulu, sila email kepada saya di :


Sehingga kini saya sudah berjaya menyiapkan 5 CD bertema beserta panduan penggunaan CD:
a. Haiwan Liar (1)
b. Haiwan Liar (2)
c. Haiwan Air
d. Haiwan Jinak
e. Buah-buahan

Setiap tema mengandungi latihan:
a. Bahasa Melayu
b. Bahasa Inggeris
c. Matematik
d. MS Power Point
e. Kad gambar
f. Aktiviti Kreativiti dan estetika
g. Koleksi gambar sebenar

Saya sebolehnya menyediakan semua latihan berpandukan huraian sukatan kurikulum prasekolah. Itulah sebab kenapa hanya satu tema sahaja dimuatkan dalam satu CD. Soalan latihan banyak memerlukan gambar-gambar yang pastinya membuatkan kapasiti CD sehingga mencecah 650MB. Bagi tema haiwan liar, ianya dijadikan dua CD kerana isi kandung bahan yang banyak. Biasanya tema haiwan liar akan diajar selama 2 minggu. Setiap latihan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik jika dicetak akan mencecah 16mm tebalnya jika menggunakan kertas 80 gsm. Saya mengenakan bayaran pos sebanyak RM5.00. Setiap CD dijual dengan harga RM6.00 sahaja kerana ianya lebih berkonsep perkongsian ilmu. Semua ini saya lakukan untuk mendokumentasikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Perkongsian ilmu sambil beramal ini diharapkan akan turut membantu anda meningkatkan mutu pengajaran. Anda boleh memasukkan wang ke akaun Maybank 101075450308 (Fauziah A.Rahim) Sekurang-kurangnya dengan penjualan bahan ini akan dapat menampung kos yang telah saya belanjakan untuk menaiktaraf kelas prasekolah saya.

Sila email maklumat anda selengkapnya yang mengandungi:
a. Nama penuh
b. Alamat tetap
c. Nombor telefon
Sekiranya anda telah membuat bayaran, sila maklumkan kepada saya dengan mengirimkan sms ke nombor 014 2785668 bukti pembayaran iaitu tarikh dan masa urusan bank dibuat kerana saya akan membuat semakan di Maybank2u.

Dari masa ke semasa saya akan menambah latihan bertema ini sehingga selengkap mungkin dan maklumat terkini akan disiarkan di blog ini. Selamat mengajar.

Jumaat, Jun 20, 2008

Bahan Bantu Mengajar

Assalamualaikum
Agak lama juga saya tidak menulis di sini. Sebenarnya keadaan kesihatan yang agak merosot sejak kebelakangan ini dan banyak tugasan yang perlu disiapkan menghalang aktiviti penulisan saya di ruangan ini. Saya sedang menyiapkan bahan berupa latihan kerja bertema untuk digunakan di kelas. Antara bahan yang telah hampir siap saya buat adalah...

dan kandungannya adalah latihan Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan gambar-gambar sebenar yang dijadikan slaid show menggunakan Power Point serta kad-kad gambar seperti ini...

Di peringkat awal, saya bercadang untuk membukukan bahan-bahan ini tetapi apabila diajukan kepada syarikat penerbitan, kosnya agak mahal dan latihan agak terhad boleh dimuatkan dalam sebuah buku. Oleh itu saya terpaksa membatalkannya. Saya bercadang bahan ini dirakam dalam bentuk cakera padat sahaja kerana lebih banyak latihan boleh dimuatkan. Harga masih dalam pertimbangan. Kepada anda yang berminat untuk mendapatkan bahan ini bolehlah email kepada saya :

fauziah.arahim@gmail.com

atau anda boleh menelefon saya secara percuma melalui jaxtr.com untuk maklumat selanjutnya.

Saya turut membantu bekas rakan sepengajian mengedarkan buku Rancangan Pelajaran Tahunan dan buku kerja Bahasa Melayu yang mengandungi 5 siri. Pakej buku ini berharga RM80.00 termasuk kos penghantaran.

Worksheets