Saya suka blog ini

Rabu, Mei 21, 2008

Free clipart

Assalamualaikum
Saya telah menemui gambar-gambar clipart yang boleh digunakan di kelas. Sila layari

http://www.free-clipart-pictures.net/fruit_clipart.html

Terdapat banyak gambar-gambar yang cantik yang boleh anda temui di sini. Tepuk dada tanya iman. Sepanjang cuti sekolah ini mungkin anda boleh mengisi masa lapang dengan mengumpul dan mencetak gambar-gambar ini yang boleh digunakan oleh murid-murid anda. Selamat mencuba dan selamat bercuti. Berikut adalah contoh yang dapat saya paparkan.

FREE FRUIT CLIP ART IMAGES

fruit clipart strawberries

strawberries
fruits clipart

fruits
fruit clipart pear

pear
fruit clipart pineapple

pineapple
fruit clipart apple

apple clipart
fruit clipart orange

orange
fruit clipart strawberry

strawberry
fruit clipart grapes

grapes
fruit clipart tangerine

tangerine
fruit clipart pineapple

pineapple
fruit clipart apple

apple
fruit clipart banana

banana

Sabtu, Mei 17, 2008

Persembahan Hari Guru



Inilah persembahan murid-murid saya. Persiapan yang dibuat sangat singkat sebab saya baru tahu pada hari Isnin dan Jumaat 16 Mei pula adalah hari persembahannya sempena Hari Guru. Kostum pun dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Mujur saya sering mencari bahan-bahan di internet. Dapatlah juga idea bagaimana hendak membuatnya. Memandangkan kesuntukan masa, saya hanya melukis corak rama-rama di kain dan menjahit sedikit tampalan pada kain yang berwarna gelap memandangkan corak yang dibuat tidak jelas dilihat. Saya cuba sedaya upaya mengurangkan kos pembuatan dengan membeli kain-kain yang berharga RM2 semeter. Oleh itu kain jersey menjadi pilihan. Selepas ini saya bercadang untuk membuat koleksi kostum untuk murid-murid saya. Ada juga saya membeli beberapa buah buku berbahasa Cina untuk dijadikan rujukan. Yakah bahasa Cina? Entahlah saya tidak pasti sebab saya tidak faham apa yang ditulis. Yang pasti buku itu diterbitkan di Taiwan. Mungkin bahasa Taiwan kot? Saya seronok mencari bahan-bahan sebegini apabila berpeluang ke Johor Bahru. Ada sebuah kedai buku yang saya tahu di mana buku-buku berkaitan seni dijual. Memang pelik sebab bila saya ke kedai buku itu, ramai pembeli berbangsa Cina asyik memerhatikan saya memilih buku-buku di ruangan tersebut.

- bergambar ramai sebagai kenangan -

- Bersedia sebelum naik ke pentas -

- Nor Aina Haziqah -

- Nurfatin Nabila -

- Nur Athirah Izzati -

Khamis, Mei 15, 2008

Hari Guru

Esok sambutan Hari Guru akan diadakan di semua sekolah seluruh negara. Kelas prasekolah SKDUA akan membuat persembahan untuk sambutan hari tersebut. Sejak awal minggu ini kami berlatih untuk menyanyi lagu yang berjudul "Rama-rama". Saya telah menyediakan kostum yang akan dipakai pada pagi esok sejak semalam. Sebaik balik dari sekolah, saya ke kedai kain untuk membeli kain jersey dan ke kedai bunga untuk mencari bahan yang boleh dibuat sesungut. Kemudian ke kedai buku untuk membeli pen yang boleh digunakan untuk membuat lakaran pada kain yang telah dibeli.

Mana gambar kostum itu? Nantilah esok akan saya masukkan di sini sebab ianya masih dalam proses jahitan. Saya bukan pakar menjahit, oleh itu saya membuat seberapa yang saya mampu. Kalau bab melukis ni kira ok la... setakat nak melukis lakaran kepak rama-rama. Sama-samalah kita tunggu hasil kerja tangan saya itu. InsyaAllah esok saya akan masukkan gambar-gambar kostum itu dan video murid-murid yang mengambil bahagian. Alahai tidak sabar rasanya untuk menunggu hasil usaha kami selama seminggu ini.

Kepada semua bekas guru saya, rakan-rakan setugas di SKDUA, rakan-rakan guru prasekolah seluruh Johor, rakan-rakan guru seluruh negara, saya dan murid-murid kelas prasekolah SKDUA ingin merakamkan ucapan ini:



Terima kasih atas segala tunjuk ajar cikgu...

Sabtu, Mei 10, 2008

Lawatan Kerja Guru-guru Prasekolah Zon Yong Peng

Assalamualaikum.
Hari ini rombongan guru-guru prasekolah Zon Yong Peng dari daerah Batu Pahat telah melawat ke kelas prasekolah SKDUA. Rombongan seramai 40 orang itu sebelum ini telah ke SK Muzaffar Shah. Mereka tiba pada pukul 12.30 tengahari dengan diiringi oleh Encik Abdul Ghani bin Ismail, Penyelia Sekolah Rendah, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi. Memandangkan Guru Besar, Tuan Hj Ali bin Jaafar ke Kuala Lumpur atas urusan peribadi, tempat beliau telah diambil alih oleh Puan Zainab Moin, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dengan dibantu oleh Puan Norhana Mahmud, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Puan Zainab telah menyampaikan ucapan alu-aluan bagi pihak Guru Besar. Beliau turut menyampaikan salam takzim Guru Besar. Acara diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Abdul Ghani dan seterusnya oleh Puan Hjh Zulaikha bt Pardi, ketua rombongan. Saya turut menyampaikan penerangan ringkas tentang sejarah kelas prasekolah dan pelaksanaan P&P. Adalah diharapkan dengan lawatan ini, guru-guru prasekolah Zon Yong Peng dapat memanfaatkan apa yang telah saya lakukan di kelas untuk pendidikan anak bangsa. Kepada mereka saya ucapkan terima kasih di atas kesudian melawat ke kelas saya yang masih dalam proses penambahbaikan ini. Terima kasih daun keladi...


Jumaat, Mei 09, 2008

Kejohanan Olahraga Prasekolah Daerah Kota Tinggi

Tarikh : 8 Mei 2008
Hari : Khamis
Masa : 8.00 - 5.30 petang
Tempat : Stadium Bandar Penawar Kota Tinggi
Perasmi Penutup : Encik Mohd Zamri bin Sabran ( Pegawai Pelajaran Daerah )

Bersedia menunggu nombor dipanggil. Hmm... ada yang terpinga-pinga sebab tidak kenal huruf lagi. Alahai anak omak!

Pandangan dari atas stadium

Bersedia untuk memulakan larian dalam terik mentari

Macam kembarlah pulak Puan Aminah dan Puan Napsiah ni yek!

Posing dalam khemah yang berbahang. Kepala mula nyut..nyut...nyut

Hmm si baju merah yang maintain ayu!

Berehat di ruangan atas stadium

Akibat terlalu penat, Afif tertidur keletihan...nasib baik tak "ngompol" dalam kereta cikgu.

Jumaat, Mei 02, 2008

Tema

Assalamualaikum
Malam ini saya terjumpa website yang menarik ini iaitu http://www.preschoolexpress.com/theme_station.shtml. Ada banyak tema yang anda boleh pilih untuk diajar di kelas. Kalau nak dilayari satu malam pun tidak habis tau. Saya suka mencadangkan kepada anda supaya dapat mencetak semua aktiviti ini dan dibukukan untuk dijadikan bahan rujukan kelas. Kalau yang tidak mahir Bahasa Inggeris, mulakan langkah anda sekarang untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris. Semoga anda berjaya.

FALL
BIRTHDAYS
BATS
DINOSAURS
OWLS
FAMILIES
CORN
PIES
APPLES
LANTERNS
ALL ABOUT ME
QUILTS

THE FARM
SPIDERS
PUMPKINS
LEAVES
TURKEYS
BABIES
BODY PARTS
VEGETABLES

WINTER
ICE
REINDEER
GIFTS
BEARS
SLEDS
SNOW PEOPLE
VALENTINES
STARS
CANDLES
MITTENS
GINGERBREAD
PENGUINS
SNOW
STARS
SKY
TREES

SPRING
CLOUDS
MUD
UMBRELLAS
KITES
GARDEN
LAMBS
BUNNIES
HATS
BIRDS

EGGS
CHICKS
BASKETS
SHAMROCKS
FLOWERS
DUCKS
RAINBOWS
LADYBUGS
WIND
RAIN
FOREST - NEW

SUMMER
CAMPING FUN
COLLECTIONS
CRABS
WHALES
SUN
ICE CREAM
FISH
BUTTERFLIES
SUNFLOWERS
BUGS
THE OCEAN
THE DESERT
FLAGS
FROGS
PICNICS
SHELLS
WORMS
WATER
TURTLES
OUTER SPACE
OCEANS
OUT WEST

SHAPES
COLORS
DIAMONDS
OVALS
CIRCLES
RECTANGLES
SHAPES
HEARTS
TRIANGLES
SQUARES
RED
GOLD/SILVER
BLUE
BROWN
GREEN
ORANGE
BLACK
PURPLE
GRAY
PINK
BLACK
WHITE
YELLOW

TRANSPORTATION COMMUNITY
AIRPLANES
BOATS
BUSES
TRAINS
LIBRARIAN
FIREFIGHTERS
GROCERY STORE
POLICE
TEACHERS
DOCTOR/NURSE
MAIL CARRIER
DENTIST
VETS & PETS -NEW