Ahad, Ogos 05, 2007

Karnival Prasekolah Zon Bandar 2007

SK Datuk Usman Awang hanya mengambil bahagian dalam pertandingan diorama. Karnival ini telah diadakan pada 24 Julai 2007 di SK Taman Kota Jaya.


Khamis, Ogos 02, 2007

Bulan Kemerdekaan

Hari ini surat dari Kementerian Pelajaran tiba di sekolah memaklumkan tentang program sambutan bulan kemerdekaan. Banyak juga aktiviti yang perlu dilakukan. Sebaik menerimanya, aktiviti memanjat pun dimulakan. Perkara pertama yang perlu dibuat adalah memasang bendera Malaysia. Malangnya bendera tidak mencukupi. Mujur Puan Sarelah sedia membantu mengambil bendera yang ada di dalam simpanannya ( lebihan tahun lepas ). Apa lagi pucuk dicita ulam mendatang... lebat kelas jadinya. Petang tadi mujur teringat ke kedai untuk membeli bendera. Habis RM 95.00 untuk 50 batang bendera. Esok bendera akan dipasang sepenuhnya. Insyaallah.

Mula perancangan pagi tadi adalah mengecat kelas tetapi Encik Aziz terlalu sibuk. Katanya terpaksa ditunda minggu depan. Saya dan pembantu sudah menyiapkan bintang-bintang yang bakal ditampal selepas siling kelas dicat warna biru langit. Rasa sudah tidak sabar hendak mengecat siling kelas. Nampak gaya kalau minggu depan tertunda juga saya akan mengecat sendirilah...

Worksheets