Saya suka blog ini

Selasa, Februari 27, 2007

Anak Lembu

Aktiviti mewarna, menggunting dan menampal sangat sesuai untuk sesi awal pengajaran dan pembelajaran semester 1 ini kerana melalui aktiviti seni ini akan melatih sistem deria kanak-kanak. Mereka akan dapat memusatkan tumpuan dan pengamatan.Mungkin bagi sesetengah ibu bapa berpendapat anak-anak mereka asyik mewarna sahaja, tetapi mereka kurang menyedari tentang kepentingan pengamatan yang diserapkan melalui aktiviti kreativiti dan estetika. Melalui aktiviti seumpama ini, kanak-kanak akan lebih mudah mengesan kedudukan sesuatu objek atau anggota badan. Mereka akan dapat menguasai kemahiran asas menyatakan kedudukan sesuatu objek dan warna asas. Mari kita lihat bagaimana kanak-kanak melihat bentuk anak lembu dan kedudukan anggota badan lembu tersebut. Anda pasti akan dapat mengagak setakat mana pencapaian kanak-kanak ini sebenarnya. Semoga aktiviti ini boleh anda praktikkan di rumah untuk mempertajamkan deria lihat dan sentuh anak-anak anda di rumah.

Isnin, Februari 26, 2007

Our Bird Show

Let sit and watch our bird show... What do you think?



Do you enjoy the show? Thanks so much for your appreciations.

Khamis, Februari 08, 2007

Aktiviti Menulis

Kami sedang menulis dan mewarna. Cantik tak apa yang kami buat?

Ahad, Februari 04, 2007

Minggu keenam

Sudah masuk minggu keenam persekolahan. Penat juga sebab setiap Sabtu kena ke sekolah kerana menggantikan hari persekolahan akibat sekolah dijadikan pusat pemindahan banjir. Tema minggu ini ialah Anggota Badan.

Minggu lepas tiada entri yang dibuat kerana kesibukan menyiapkan tugasan lain. Tambahan pula minggu lepas saya mengambil cuti rehat untuk menghantar anak ke SM Sains Muar dan selepas itu cuti Thaipusam. Lagipun sudah dua minggu kamera digital dipinjam oleh rakan. Tiada gambar macam tidak lengkap pula cerita yang dimuatkan. Kata orang gambar menceritakan segala-galanya.

Anak kedua mendaftar di SAMURA

Sabtu 4 Februari, sekolah ganti diadakan dan pada hari yang sama selepas kelas saya bertugas untuk menyemak senarai nama mangsa banjir yang menginap di sekolah ini. Saya pun merasa juga wang ehsan sebanyak RM500.00. Itu yang senyum memanjang. Walaupun penat saya masih setia bertugas sehingga pukul 6.00 petang untuk memastikan semua mangsa menerima habuan masing-masing. Kasihan melihat ramai yang hampa kerana nama tiada tersenarai. Ada yang sudah menyongsong ke tujuh penempatan masih tiada nama disenaraikan. Sehingga pukul 6.00 petang ada juga mangsa yang tidak hadir. Mungkin tidak menerima maklumat terkini. Wallahhua'lam.

Bersama Cikgu Julia menyemak senarai penerima.

Dalam perancangan, minggu ini saya akan menggunakan diri murid sendiri sebagai bahan bantu mengajar. Lagu-lagu pula mestilah mengikut tema tersebut. Agak-agak apa ya nak diselitkan dalam pengajaran minggu ini? Sudah tentu saya akan memasukkan aktiviti melakar bentuk badan kanak-kanak, menekap tangan dan melukis menggunakan cap jari. Apa sahaja yang ada pada diri murid sudah pasti menjadi bahan yang sangat berkesan untuk sesi mengenal diri sendiri ini. Anda bagaimana? Ada idea untuk dikongsi bersama?